Piala Airmarine bakal jadi Piala


Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Notice: Trying to get property 'post_title' of non-object in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Nampaknya perlawanan Piala Airmarine yang bakal membuka tirainya pada hari ini akan menjadi kejohanan ? Ini selepas seruan yang dilakukan oleh ekor harimau sejati ( Ultras Malaya ).

Ultras malaya menyeru agar semua penyokong memboikot perlawanan dalam kejohanan ini apabila mereka mengatakan perlawanan ini seperti mengambil kesempatan terhadap sifat dan sikap penyokong bolasepak tanah air apabila harga tiket dijual pada harga keterlaluan.

Piala Airmarine bakal jadi Piala

Jika semua penyokong ultras malaya tidak turun ke stadium maka boleh aku katakan kejohanan Airmarine ini menjadi Piala tanpa chant dari penyokong setia harimau malaya seperti mana perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Mana mungkin perlawanan tanpa bunyi gendang dan laungan semangat dari penonton akan menjadi perlawanan yang meriah didalam stadium.

Pemain juga telah nampak seperti alat marketing apabila mereka memohon dan merayu kepada penyokong hadir ke stadium berikan sokongan kepada mereka. Namun nampaknya gelagat dari ultras malaya bahawa mereka masih berkeras untuk tidak hadir ke stadium.

Piala Airmarine bakal jadi Piala Hambar

Jadi bangsa final adalah harapan untuk ke final. Selain bangsa final bangsa kauci juga diminta untuk memenuhi ruang-ruang stadium bukit jalil pada kejohanan ini. Jika mereka pun menyahut seruan untuk memboikot perlawanan kerana harga tiket ini maka mungkin stadium akan berbunyi suara pemain sahaja.

BARU NAIK DAH NAK JATUH

Bagi pandangan aku arenabolasepak tanah air baru sahaja nak naik tapi sudah mula eksploitasi keatas harimau malaya. Walaupun ini bukan perkara baru apabila sebelum ini juga pernah berlaku tapi sayanglah semangat penyokong dipotong dengan sikap tamak sesetengah pihak.

Dengan ekonomi sekarang ni janganlah melampau sangat harga tiket tu sampai penyokong pun mula berkira-kira nak pergi ke stadium. Kalau semua penyokong duduk tepi stadium tak apa ini tidak ramai dari negeri lain. Banyak wang kos harus diperkirakan.

Jadi aku harap pihak bertangungjawab memerhatikan perkara ini dan mengambil serius akan perkara ini. Jangan biarkan apa yang kita ada sekarang ini lenyap pada masa akan datang.

TETAP SOKONG HARIMAU MALAYA

Walaubagaimanapun, tanda sokongan kepada harimau malaya tetap diberikan tetapi melalui kaca tv sahaja. Stadium akan dipenuhi pada perlawanan AFC nanti kata ultras malaya. Harap harimau malaya dapat memberikan persembahan luar biasa agar penyokong datang masa perlawanan kedua nanti.

Ini merupakan perlawanan penting bagi menaikkan ranking negara. Jadi aku doakan jugalah untuk harimau malaya terus sukses dalam kejohanan ini. Jangan jadikan alasan penyokong tiada ye. Kalau korang jadikan perkara tersebut sebagai alasanĀ  takut nanti terus tak de penyokong je.

Ayuh harimau malaya. Teruskan berjuang tanpa penyokong setia di sisi. Ayuh penyokong kauci buktikan inilah masanya anda untuk diclaim sebagai peminat setia.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*