Perdana Menteri ucap takziah kepada Muhyiddin Yassin atas pemergian abang

Perdana Menteri ucap takziah kepada Muhyiddin Yassin atas pemergian abang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga atas pemergian abangnya, Tan Sri Abdul Aziz Yasin.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menyampaikan salam takziah itu menerusi hantaran di laman Instagram sebentar tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga atas pemergian abangnya, Tan Sri Abdul Aziz Yasin.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menyampaikan salam takziah itu menerusi hantaran di laman Instagram sebentar tadi.

“Salam takziah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga atas kehilangan abang yang dikasihi, Tan Sri Abdul Aziz Yassin. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,”katanya.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri memaklumkan mengenai berita sedih pemergian abangnya, Tan Sri Abdul Aziz Yassin dalam hantaran di laman Facebook miliknya.

“Saya dan keluarga berasa sungguh dukacita dengan pemergian kakanda Tan Sri Abdul Aziz Yasin hari ini.
“Saya kehilangan seorang abang yang banyak membantu kehidupan di zaman muda dan sentiasa memberi sokongan kepada saya selama ini,”tulisnya.

Difahamkan, abang kepada Muhyiddin Yassin meninggal dunia pada jam 10.30 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Allahyarham yang juga bekas Ahli Parlimen Muar menghembuskan nafas terakhir pada usia 90 tahun akibat sakit tua.

Sumber: Instagram @anwaribrahim_my, Facebook Muhyiddin Yassin, Astro Awani

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*