Pemuda sebak, rakan2 kumpul duit hadiahkan laptop untuk sambung belajar

Telefo bimbit dan komputer riba atau laptop merupakan keperluan utama untuk para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Mana tidaknya, dengan kemajuan teknologi dan pelbagai perkara dilakukan secara atas talian, dua alat tersebut sangat diperlukan.

Kejutan buat sahabat

Namun begitu, bukan semua pelajar bernasib baik dapat menyediakannya sebelum memulakan pengajian kerana harga untuk laptop ataupun telefon bimbit tidaklah murah.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @FARHAN.N.N apabila memuat naik video memberi kejutan kepada rakannya dengan memberikan laptop sebelum dia pergi menyambung pengajian.

@5cammersthanks semua & all the best bro kat tempat baru♬ original sound – FARHAN.N.N

Kawan2 kumpul duit belikan laptop

Menerusi video tersebut, dia memaklumkan yang rakannya itu mengalami sedikit kesulitan dari segi kewangan memandangkan sebelum ini dompet yang mengandungi duit untuk membeli telefon bimbit baru hilang.

Disebabkan itu, pengguna TikTok dan teman-teman yang lain telah bercadang mengumpul duit dan menghadiahkan laptop kepada rakannya itu bagi meringankan sedikit bebannya.

Menangis terharu dengan kebaikan rakan2

Dapat dilihat rakannya yang akan melanjutkan pelajaran itu tidak dapat menahan sebak kerana terharu dengan keprihatian teman-temannya yang lain.

Jelas pengguna TikTok lagi, rakannya itu seorang yang sangat gemar membantu orang lain tanpa berkira.

Harapan untuk ubah nasib keluarga

Menerusi video yang dikongsikan lagi, @FARHAN.N.N telah memuat naik tangkapan layar perbualannya dengan rakan dikenali sebagai Nazrul itu tentang luahannya yang menjadi harapan keluarga mengubah nasib jika dia menyambung pelajaran.

Disebabkan dia tidak jadi membeli telefom bimbit baru dengan alasan tiada rezeki, rakan-rakan yang lain telah membuat group WhatsApp untuk mengumpul sedikit duit membelikannya laptop bagi memudahkan urusannya belajar nanti.

@5cammers Replying to @shimmyyyyyy ♬ Takkan Berubah – Feby

Ramai yang terharu

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok itu benar-benar menyentuh hati ramai dan membuatkan mereka berasa begitu bangga dengan persahabatan tersebut.

Kebanyakan warganet telah memuji rasa keprihatinan mereka terhadap rakan-rakan dan mendoakan agar Nazrul berjaya di masa hadapan.

Sumber: TikTok @FARHAN.N.N

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*