Pemuda lumpvh tak duduk diam, gigih ajar mengaji al-Quran atas kerusi roda
Setiap orang mempunyai cabaran tersendiri dalam kehidupan masing-masing. Ada yang diuji dengan kesulitan mendapatkan kewangan, ada juga yang diuji dengan keterbatasan dalam pergerakan.
Walau bagaimanapun, dugaan tersebut bukan satu halangan untuk kita memperoleh pendapatan demi kelangsungan hidup.
Tetap memberi manafaat kepada orang lain meskipun lumpuh
Menurut laporan Harian Metro, seorang pemuda Muhamad Hidayat Ishak tetap berusaha mencari wang sebagai guru mengaji walaupun mengalami lumpuh kerana menghidap penyakit ‘duchenne muscular dystrophy’ iaitu lemah otot dan saraf.
Mengajar al-Quran satu kebahagiaan
Dengan kelebihan yang diperoleh daripada Allah SWT, pemuda berusia 21 tahun itu tetap gigih mengajar mengaji kepada 35 orang anak muridnya yang terdiri daripada enam hingga 17 tahun.
Pada setiap petang, dia akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran al-Quran seawal jam 3 petang secara berperingkat tanpa mengenakan sebarang bayaran tertentu kepada semua pelajarnya.
“Itulah kebahagiaan bagi saya dengan mengajar al-Quran. Kalau mereka tidak bayar pun saya tak kisah kerana tujuan saya mahu mendidik mereka pandai mengaji al-Quran.
“Sebagai hambaNya, saya bersyukur masih boleh berbakti kepada masyarakat walaupun dalam ruang lingkup yang terhad. Bagi saya, kekuatan ini datang dari doa ibu dan murid yang belajar mengaji ini.” katanya.
Bapa Sudah mengadap ilahi.
Hidayat juga memaklumkan bahawa hanya bersekolah sehingga darjah enam sahaja di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang kerana tubuhnya semakin lemah.
Bapanya pula meninggal dunia tidak lama selepas dia jatuh sakit dan membuatkan ibunya, Maimun Ujang, 57, terpaksa berniaga makanan secara kecil-kecilan demi menyara kehidupan.
Terima sumbangan
Kecekalan pemuda tersebut telah mendapat perhatian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan memberi keperluan untuk Hidayat bagi memudahkan murid-muridnya mempelajari al-Quran.
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply