Demi Teman Isteri Sak1t Di W4d Pakcik Sanggup Solat Tepi Tangga

Mempunyai pasangan yang sanggup bersusah-payah sehingga ke hari tua semenangnya satu nikmat yang tidak berbelah bahagi yang dikurniakan oleh Maha Pencipta.

Apabila sudah hidup bersama bertahun-tahun, pastinya perasaan kasih sayang sudah cukup ampuh dan mahu sentiasa bersama walau dalam apa keadaan sekalipun.
Cinta sejati tu wujud

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang petugas kesihatan di Indonesia apabila memuat naik gambar seorang warga emas lelaki yang sanggup solat di sudut tangga wad hospital hanya kerana enggan berjauhan dengan isteri.

Bapak usia 67 tahun,sendirian mendampingi istrinya 66 thn operasi patah tulang,tinggal berdua saja .Anak2 kerja/tinggal jauh

Sholat di pojok tangga,Saat ditanya kenapa tdk di mushola bawah?

Dijawab : saya takut nanti kalo istri saya tiba2 butuh tapi saya tdk bisa segera menemani

Enggan jauh kerana bimbang isteri perlukan bantuan

Menurut pengguna akaun Twitter bernama asaibrahim, pakcik tersebut menjaga isterinya sendirian di wadterbabit disebabkan kecederaan tulang tanpa ditemani anak-anak.

Apabila ditanya mengapa enggan solat di surau yang disediakan, dia hanya menjawab tidak mahu berjauhan dari wad kerana bimbang tiada disamping isterinya jika wanita itu memerlukan sebarang bantuan.

Dalam pada itu, doktor tersebut turut menjelaskan mengenai penyakit tulang rapuh yang sering dihidapi oleh golongan wanita diusia senja sama seperti yang dialami oleh isteri warga emas tersebut.

Cinta sejati yang dipamerkan oleh warga emas itu sememangnya mengharukan dan mendapat pelbagai respon daripada warganet.

Rata-rata mengakui sebak melihat kesetiaan yang dilakukan oleh pakcik tersebut sehingga sanggup solat ditepi tangga hanya kerana enggan berjauhan dengan isteri tersayang.

Sumber: assaibrahim

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*