Pertemuan diantara pasukan Pahang menentang pasukan Kedah pada hari ini di Darul Makmur nampaknya akan menguji penyerang tempatan apabila 2 pemain Import pasukan Tok Gajah tidak dapat diturunkan pada malam ini.
Pahang turun tanpa Nwakaeme dan Ze Love
Pahang terpaksa melupakan khidmat penyerang berbisa dari Nigeria Nwakaeme apabila pemain itu mengalami kecederaan ketika mereka bertemu dengan pasukan PKNP FC. Perkara ini disahkan sendiri oleh DOllah Salleh
“Apa yang perlu dan boleh saya katakan adalah dia (Nwakaeme) belum lagi pulih dan cergas disebabkan kecederaan pangkal peha yang dialaminya ketika bertemu dengan pasukan PKNP FC minggu lalu”
Oleh itu antara pemain yang bakal mengisi posisi tersebut adalah pemain sayap harimau malaya Norshahrul Idlan Talaha atau pemain natrulisasi Harimau Malaya Mohamadou Sumareh. Dengan ini pemain tempatan bakal mendapat tempat untuk kesebelasan utama skuad tok gajah malam ini.
Pahang bukan sahaja turun tanpa Nwakaeme, tetapi mereka juga terpaksa melupakan khidmat pemain import Jose Eduardo atau lebih dikenali dengan Ze Love yang baru sahaja menamatkan kemarau golnya. Ze Love terpaksa diketepikan apabila dia digantung satu perlawanan akibat mengutip 3 kad kuning.
Barisan Pertahanan Tanpa Muslim Ahmad
Bukan sahaja menghadapi kesukaran dijentera serangan malam ini, skuad tok gajah juga hilang khidmat pemain tempatan Muslim ahmad di barisan pertahanan skuad itu. Ini selepas pemain ini masih lagi bergelut keluar dari kecederaan yang dialaminya.
“Bagaimanapun, Dollah Salleh percaya bahawa skuad Tok Gajah akan mempamerkan prestasi terbaik walaupun tidak dapat menurunkan Nwakaeme dan Eduardo,”
Disebalik ketiadaan ketiadaan tiga tonggak tersebut, Pahang boleh menarik nafas lega apabila pertahanan import, Herold Goulon dan pemain tengah, Safuwan Baharuddin dapat diturunkan kembali dalam kesebelasan utama selepas selesai menjalani hukuman penggantungan pada minggu lalu.
Ini akan memberikan Pahang lebih keyakinan untuk menghadapi Kedah yang dikendalikan oleh Aidil Sharin Sahak seterusnya meneruskan momentum kemenangan setelah menewaskan PKNP FC, 3-0 pada sabtu lalu.
“Pahang tidak boleh hilang tiga mata jika mahu terus bersaing dan menduduki tangga teratas liga,” katanya.
Leave a Reply