Beberapa hari lalu, penyanyi dangdut kontroveri membuat kecoh di media sosial miliknya apabila mendakwa seorang lelaki dikenali ‘Bang Jamal’ telah menipunya.
Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram, pemilik nama Nor Ashima Ramli meminta Bang Jamal memulangkan semula wangnya, selain mendedahkan lelaki berkenaan telah menipu ramai orang.
“Bang Jamal, balikkan duit Shima secepatnya! Call tak jawab, WhatsApp tak balas!! Cukup-cukuplah menipu!!”tulisnya.
View this post on Instagram
Memetik temubual Baby Shima bersama Harian Metro, penyanyi bertubuh genit itu memberitahu dia mengenali ‘Bang Jamal’ menerusi seorang rakan sehingga menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit.
“Dia kata nak bekerjasama dengan saya untuk satu bisnes tapi sudahnya dia menghilangkan diri bersama wang yang diberikan,”luah Baby Shima.
@babyshimaofficial Bang Jamal cukup lah menipu orang!!!! munculkan diri!!!!!! kalau tak esok shima dedahkan muka Bang Jamal!! #babyshima #bangjamal ♬ original sound – Babyshima
Jamal mana pulak dah ni?
Rata-rata netizen meninggalkan pertanyaan di ruangan komen dengan bertanyakan gerangan sebenar ‘Bang Jamal’ dimaksudkan Baby Shima dalam beberapa hantarannya sebelum ini.
Laaahh, Bang Jamal tu MamatGotNoChill dalam lagu baru ke rupanya?
Terbaharu, ‘Bang Jamal’ yang dimaksudkan oleh Baby Shima sebenarnya tajuk lagu terbaharu nyanyian Baby Shima. Dan, ‘lelaki kacak’ yang dimaksudkan itu ialah MamatGotNoChill yang muncul dalam muzik video lagu terbaharu.
Mesti ada sesetengah netizen kecewa gila sebab dah tertipu dengan taktik ‘amukan’ Bang Jamal tersebut.
@mvm_music Bang Jamal #mvmmusic #rusamvm #bangjamal ♬ original sound – MVM Music
Aku takleh la tengok si Mamat
Kehadiran personaliti media sosial, MamatGotNoChill dalam klip video tersebut sebagai ‘Bang Jamal’ membuatkan netizen terhibur. Apa yang lebih menarik perhatian adalah gaya belahan ‘tengah’ rambut Mamat yang dilihat persis ‘Hanafi’ yang pernah tular curang di belakang isterinya
Sumber: Instagram @babyshimaofficial, Harian Metro, TikTok @babyshimaofficial, @mvm_music
Leave a Reply