Alhamdulilah Norman Hakim Terinspirasi Dengan Anak, Berjaya Khatam Al-Quran Pada Tahun 2020

Pelakon Norman Hakim baru-baru ini telah berk0ngsikan berita gembira di mana dia khabarnya telah berjaya khatam naskah suci Al-Quran pertama kali untuk tahun ini menerusi akaun Instagramnya.

Meskipun tahun ini hanya sekali dia berjaya khatam Al-Quran berbanding tahun-tahun sebelumnya, Norman menjelaskan dia hanya membaca dua muka surat setiap hari kerana ingin fokus kepada pengertian maksud ayat lazim dalam setiap bacaan.

Dia dilihat turut berk0ngsi tips tentang bagaimana ingin khatam naskah suci tersebut kepada pengikut Instagramnnya dan juga para peminat yang mengikutinya.

“Saja nak k0ngsi tips..macam tahun lalu saya dapat khatam dua kali sebab saya baca empat muka surat dalam satu hari. Dalam masa lima bulan saya dapat khatam untuk kali pertaman dan kali kedua, jadi 10 bulan. Cuma tahun ini saya khatam untuk kali pertama dalam masa setahun sebab saya sasar dua muka surat dalam satu hari. Selain baca dan tadarus, saya baca tafsiran untuk faham pengertian maksud terutama ayat lazim dalam solat kita.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786)

Dalam pada itu, pelakon yang kini berusia 44 tahun mengakui bahawa anak lelakinya, Mohammed Danish Hakim sentiasa menjadi inspirasi buat dirinya untuk terus istiqamah dalam tadarus dan tadabbur.

Mengakui bukan mudah untuk terus konsisten dalam membaca Al-Quran pada setiap hari, namun jika sudah diamalkan seharian pastinya akan terasa rindu jika tertinggal bacaan sehari dua. Norman dalam pada masa yang sama sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana yang mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan keluarga tercinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786)

Suami kepada pelakon Memey Suhaiza ini turut berharap bahawa perk0ngsiannya itu dapat memberikan manfaat kepada semua orang tanpa menimbulkan sebarang perasaan riak dalam dirinya. – Sumber dipetik dari Beautifulnara, mStar Online

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! cara mohon

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook cara mohon

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*