Mengantuk masa disolek, pengantin dipersoal kenapa tidur lewat?

Menjelang hari bersejarah, bakal raja sehari pastinya sibuk melakukan pelbagai persiapan sehingga tidak cukup masa untuk mendapatkan rehat secukupnya.

Lagi-lagi bagi pengantin perempuan, mereka perlu bangun seawal pagi bagi sesi solekan sekali gus mengambil masa beberapa jam untuk menghasilkan wajah yang berseri-seri oleh jurumekap.

Situasi seperti itu dialami sendiri oleh seorang wanita dikenali sebagai Natasha ini apabila memuat naik satu video di aplikasi TikTok memaparkan dia sedang disolek ketika hari pernikahannya.

@mamahaider #fypシ #pengantin ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Lebih mengundang perhatian apabila video tersebut kelihatan dirinya memejamkan mata dipercayai dalam keadaan mengantuk kerana hanya sempat tidur selama sejam sebelum bangun pukul 6 pagi.

“Tidur pukul 5 pagi, bangun pukul 6 pagi terus siap untuk mekap nikah. Sampai tengah hari dah out untuk bersanding,” tulisnya dalam video berkenaan. 

@mamahaiderMama will always love you sayang ❤️

♬ Someone You Loved – Melisa Hart

Rakaman berdurasi 13 saat menerima lebih 600,000 tontonan serta komen warganet dimana rata-rata mempersoalkan waktu tidurnya yang lewat selain berkongsi pengalaman masing-masing.

Salah sendiri, kenapa tidur lewat?

Saya pun lebih kurang macam tu

Bagaimanapun Natasha menjelaskan, dia terpaksa berbuat demikian kerana perlu membaiki dekorasi pelaminnya pemilik butik tidak dapat dihubungi atas faktor tertentu.

“Pelamin tak siap”

Namun begitu, difahamkan Natasha sekadar ‘throwback’ video berkenaan kerana dipercayai sudah memiliki seorang cahaya mata bernama Haider yang kini berusia empat bulan.

Sumber: TikTok mamahaider

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*