May4t lelaki ditemukan di jambatan Sungai Klang sah Nidza Afham

KETUA Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang, Selangor adalah penyanyi Nidza Afham.

Menurut Hussein, mayat tersebut dijumpai sekitar pukul 7 malam pada Rabu kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.

“Ketua Polis Selangor sahkan penemuan mayat penyanyi, Nidza Afham di Sungai Klang jam 7 malam tadi, kira -kira satu kilometer dari lokasi lelaki itu dilaporkan hilang,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang mayat lelaki dewasa dijumpai di sekitar jambatan Sungai Klang, Selangor pada petang Rabu.

Perkara tersebut disahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar.

Mayat yang masih belum disahkan identitinya ditemukan memakai pakaian jersi berwarna gelap bernombor 56.

Berdasarkan pakaian, mayat tersebut dipercayai Nidza yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak malam Selasa memakai pakaian serupa.

Sebelum ini polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada 7.45 petang Selasa selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang.

Nidza bagaimanapun gagal dihubungi sebelum teman wanitanya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang.

Keluarga yang bergegas ke tempat kejadian berjaya menemui telefon dan dompet milik mangsa.

Sebelum ini, tersebar rakaman CCTV seorang lelaki memakai jersi 56 dipercayai Nidza berjalan sekitar kawasan Masjid India Muslim Tengku Kelana, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada 4.22 pagi.

Lokasi terakhir keberadaan Afham adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:mstar

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*