Masa bersalin teran lebih 5 kali , bayi lebam zuriat

Masa bersalin teran lebih 5 kali , bayi lebam zuriat

Bersalin bukan satu hal yang mudah

Begitulah yang dapat dikatakan oleh seorang ibu ketika bersalin anak keduanya, tiga bulan lalu di sebuah hospital yang tidak dinyatakan lokasi.

Menurut Farah Adibah Amirah Kunyee, 22, anaknya Muhammad Aryan Qusyairy Mohamad Afiq dilahirkan dalam keadaan kulitnya berwarna biru lebam akibat lemas.

Dia yang senang disapa Faraa menceritakan semula kisah di sebalik video tular memaparkan kulit anaknya yang begitu gelap selepas lahir sehingga yang meraih perhatian netizen.

“Anak lemas sebab saya tak kuat nak teran dia keluar. Saya tak berapa ingat berapa kali tapi lebih dari lima cubaan.

“Masa tu bahu dia tersangkut jadi doktor tolong tarikkan badan dia sikit untuk keluarkan. Saya tetap cuba teran juga demi nak keluarkan dia.

“Masa tu ada nurse (jururawat) tekan dan tolak perut saya ke bawah sebab nak keluarkan baby. Ada juga cara lain doktor cuba tapi saya tak tahu. Apa-apa pun bersyukur sangat saya tak kena buat pembedahan atau vakum masa beranak,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Setelah selesai melahirkan, Faraa yang berasal dari Ulu Tiram, Johor pada mulanya tidak mengetahui tentang warna kulit anaknya itu.

Bagaimanapun pihak hospital ada memaklumkan berkemungkinan anaknya mengalami kecederaan bahu kerana tersangkut setelah empat jam ‘bertarung’ nyawa di bilik bersalin.

Baca lagi:Isteri selamat bersalin bayi perempuan, Fizo Omar teruja diberi peluang sambut kelahiran anak depan mata

Namun, anaknya yang dilahirkan seberat 3.34 kilogram (kg) itu disahkan sihat dan tidak cedera melainkan wajahnya yang lebam.

“Baby keluar je terus muka dia warna biru sebab lemas dalam perut. Hari pertama biru lebam, hari kedua jadi warna ungu dan hari-hari seterusnya dia jadi merah pekat.

“Kemudian kulitnya bertukar merah cair sebelum normal selepas dua minggu. Saya tak ada letak sebarang krim atau produk pada kulit dia. Memang dia sembuh sendiri saja.

bersalin

Faraa bersama ahli keluarga kecilnya.

“Masa mula-mula saya dan suami nak lawat baby tak fikir apa pun sehinggalah ternampak seorang baby ni mukanya lebam. Saya tak terfikir pun kalau itu adalah anak saya. Bila doktor kata tu anak saya, kami sangat terkejut dan istighfar,” katanya lagi.

Namun sebagai ibu kepada dua cahaya mata, Faraa tidak melatah atau bersedih dengan apa berlaku malah dia percaya bahawa kulit anaknya akan berubah seperti bayi-bayi normal.

Doktor ada beritahu puncanya baby besar dan saya pula kecil orangnya.

Perkara itu disahkan suri rumah sepenuh masa ini sendiri yang berkongsi foto anaknya yang kulitnya sudah cerah berbanding dahulu.

Hantaran tersebut meraih lebih 2.3 juta jumlah tontonan setelah disiarkan di TikTok.

“Masa dia warna gelap tu tak ada yang cakap apa-apa. Tapi baby balik dari hospital selepas empat hari muka dia dah jadi merah kemerahan yang pekat sebab nak berubah ke warna kulit biasa. Saya ada tunjuk gambar dekat famili. Ramai yang terkejut dan nak tahu kenapa baby jadi macam tu.

bersalin

Faraa dan suaminya reda dengan dugaan setelah melihat anak mereka.

“Doktor ada beritahu puncanya baby besar dan saya pula kecil orangnya. Lepas tu doktor ada cakap juga enam daripada 10 ibu akan alami situasi ni walaupun anaknya kecil.

Baca lagi: Bersalin tanpa ditemani, wanita sedih suami tak endah mesej minta azankan bayi

“Nasihat saya dekat ibu bapa di luar sana, jika berlaku perkara yang sama macam saya, jangan terlalu fikir dan risau yang melampau. Pedulikan apa yang orang nak cakap. Sebabnya warna kulit baby yang macam ni memang akan berubah. Cepat atau lambat saja,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cara Mohon

Sumber:mstar

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*