Lauk Sedap Di Tengah Hari, 10 Resepi Mudah Masakan Ayam.

Lauk Sedap Di Tengah Hari, 10 Resepi Mudah Masakan Ayam.

Makan Tengah hari kebiasaannya memang lauk ayam. Mungkin min rasa kenapa rakyat malaysia memilih ayam kerana harga ayam lebih murah berbanding dengan Ikan, dan daging yang lebih mahal harganya. Kesimpulanya seringkali bahan utama yang ada di peti ais kita dekat rumah mesti ayam. So tengah hai ne pening nak masak menu apa? Jangan risau min Musang Live nak kongsikan 10 resepi mudah masakan ayam yang mudah tapi sedap.

1. Ayam Kukus Chinese.

  • 1 ekor ayam dipotong 20-24 (macam buat nasi ayam )
  • 2″ halia dihiris nipis
  • 5 batang daun bawang dipotong panjang
  • garam secukup rasa.

Bahan untuk perap:

  • 3 sdb kicap cair
  • 2 sdt minyak bijan
  • 1 sdt lada serbuk hitam
  • garam secukup rasa.
  • gaul semua bahan dan lumur pada ayam perap lebih kurang 1 jam.

Cara Penyediaan:

Panaskan kukusan pada api besar Susun ayam atas pinggan kukusan Taburkan halia dan daun bawang Kukus sehingga empuk.

2. Ayam Masak Merah Kenduri.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam – potong kecil dan basuh bersih
  • (Garam, kunyit dan goreng – jangan garing sangat.)
  • 3 biji bawang besar (size besar tau)*
  • 4-5 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia* (Blend semua bahan bertanda *)
  • 3-4 senduk cili kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 biji tomato
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 5 buah pelaga
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MASAK:

  • Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai.tumis sekejap.
    Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing.
    Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.
    Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati.
    Siap!
  • Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato.

3. Ayam Masak Thai.

Bahan A:

  • 10 ketul bahagian ayam digoreng
  • 1 biji bawang besar/holland (potong bulat)
  • 2 batang serai dititik
  • Daun limau purut
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • Sedikit air
  • Minyak.

Bahan B: (bahan kisar)

  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau
  • 2 biji cili api.

Cara memasak:

Tumis serai yg dititik sampai naik bau.. Kemudian masukkan hirisan bawang dgn daun limau purut.. Tumis sampai garing.. Dah garing masukkan bahan yg dh diblend kemudian masukkan sos tiram,sos cili,air last sekali masukkan ayam & perasa ikut sesedap rasa.

4. Ayam Goreng Mudah.

Bahan-bahan:

  • 1sdt lada hitam yg d tumbuk kasar
  • 1labu bwg putih tumbuk kasar
  • 1 sdt serbuk cili,garam,serbuk perasa ayam maggi ataupun knorr, tepung beras dan air…kacau sebati kemudian bole la goreng.
  • *tepung beras dan air jgn bnyk sgt, cukup sekadar menyaluti ayam jer
  • *nak perap dulu pun boleh.

5. Ayam Ala Kenny Rogers.

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Minyak zaitun
  • Halia
  • Perasa Maggi
  • Sos black pepper
  • Sos tiram
  • Lada hitam
  • Madu
  • Sedikit air

CARA MASAK:

Blend semua barang di atas dan lumur pada ayam, bakar dalam suhu 200, masa dalam 1 setengah jam, tambahan lepas masak tu kalau yang nak tabur mix herba pun boleh.

6. Ayam Phat Phet. 

Bahan A (Kisar):

  • 5 biji cili padi
  • 2 hiris halia
  • kunyit hidup
  • 1 atau 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar

Bahan B:

  • 3 keping ayam mentah dipotong dadu
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • Sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara:

1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau & setelah kering tumisan tadi masukkan secawan air.

2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.

3. Pastikan ayam masak sepenuhnya. Jika kurang berkuah masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri. Kalau nak pedas lagi boleh blend cili padi lebih. Masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je.

7. Ayam Masak Lada Hitam.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ketul ayam
  • 6 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap manis
  • beberapa biji cili padi – jika suka
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
  • Garam dan gula
  • Minyak masak untuk menumis.

BAHAN PERAP:

  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam

CARA MEMASAK:

1. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.

2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.

4. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

8. Phad Phed Kai Ori Thailand.

BAHAN RENCAH:

  • 3 batang serai
  • Sedikit lengkuas
  • Sedikit halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Cili api ikus uka – bergantung nak pedas mana
  • Sedikit cili kering
  • Belacan

BAHAN LAIN:

  • 1/2 ekor ayam – potong kecil
  • 4-5 tangkai kacang panjang – potong pendek
  • Terung pipit secukupnya
  • 2-3 helai daun limau purut – hiris halus
  • Garam & gula secukup rasa.

CARA MEMASAK:

1. Kisar bahan rencah hingga halus. Panaskan minyak dan tumis hingga pecah minyak.
2. Setelah kelihatan agak garing, masukkan garam, gula serta ajinomoto jika suka.
3. Setelah ayam masak, masukkan kacang panjang, terung pipit dan hirisan daun limau purut.
4. Gaul rata dan setelah sayur masak. Angkat dan hidangkan.
5. Paling sedap makan dengan nasi panas.

9. Ayam Goreng Kunyit Tersedap. 

  • Ayam dipotong kecik2 dan gaul dengan serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili, tepung jagung, garam, lada hitam kasar dan gula
  • Make sure dia pekat macam ni. jangan campur air. Biar air dari ayam tu sendiri yg bagi lekat…biarkan dalam 15-30min.
  • Minyak jangan banyak sangat..letak ayam sikit2 dalam 5-7 ketul pada satu masa.
  • Tengok…inilah kegaringan yang terbaik..ini lah kegaringan aku cari selama ini dikedai2 yang jual ayam goreng kunyitttt…hahaha
  • Boleh ditambahkan dengan tauhu goreng.
  • Buangkan sikit minyak bekas goreng ayam untuk tumis bawang putih, bawang holland, bunga kobis, carrot, kacang panjang, cili padi, cili merah, cili hijau…tabur skit gula, serbuk pati ayam dan titis cuka hitam..goreng api kuat sampai garing sikit..lepas tu gaulkan ayam yang dah digoreng tadi

**Makan dengan nasik putih…kalau ada sambal belacan lagi ferggghhh merecikkk…first time cuba kicap manis enak…not bad.

 

10. Ayam Masak Kicap Berempah.

BAHAN-BAHAN:

  • isi ayam digoreng,jangan garing sangat(ketepikan.
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • jintan manis*
  • jintan putih*
  • Rempah 4 sekawan(kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih,bunga lawang)
  • air asam jawa
  • kicap manis/kicap pekat
  • sos tiram.

CARA PENYEDIAANYA:

tumis bahan bertanda*.bahan ni ditumbuk/blend ya.dah agak garing dan naik bau masuk rempah 4 sekawan tadi.masukkan air asam jawa,kicap manis,kicap pekat dan sos tiram.klau suka kuah byk boleh tambah air lagi.tak perlu letak garam pun x pe sbb kicap dah masin.ikut citarasa klau rasa kurang masin boleh je tambah sedikit garam.dah mendidih masukkan ayam yang digoreng tadi.hiris bawang besar,cili merah,cili hijau masukkan dalam kuali(optional).tak letak pun tak pe.Siap utk dihidangkan.
Selamat mencuba.

Musang Live: Jika sukakan Resepi ini jangan lupa kongsikan kepada rakan lain. dan selamat mencuba.

Jangan lupa like share dan komen Page Musang Live. sekian terima kasih.

 

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*