Kuih dibawa ‘tak laku’… Anak yatim menangis di jamuan raya , cikgu selamatkan keadaan

Anak Yatim Menangis

Kuih dibawa ‘tak laku’… Anak yatim menangis di jamuan raya , cikgu selamatkan keadaan

Dalam satu perkongsian yang tular di media sosial baru-baru ini, cikgu selamatkan keadaan melihat seorang murid lelaki dilihat tidak dapat menyembunyikan kesedihannya ketika jamuan

KETIKA ini masih ramai yang menganjurkan rumah terbuka atau jamuan sempena Aidilfitri sebelum Syawal berakhir.

Ibarat aktiviti wajib setiap tahun, kebanyakan sekolah juga tidak ketinggalan menganjurkan jamuan hari raya untuk warganya meraikan kemeriahan bersama-sama.

Kebiasaannya, para pelajar akan diminta oleh guru untuk membawa juadah atau apa sahaja makanan seperti konsep ‘pot luck’, selain makanan lain yang turut disediakan.

Memang meriah suasana apabila makanan yang dibawa oleh para pelajar dikumpulkan di meja untuk dinikmati beramai-ramai.

Anak Yatim Menangis

Guru berkenaan turut menjamah biskut raya yang dibawa murid tersebut.

Menerusi video yang sempat dirakam oleh seorang guru, kedengaran murid berkenaan menjawab pertanyaan yang diajukan oleh guru berkenaan mengenai punca dia bersedih.

“Sebab tak ada orang makan biskut kita,” jawab murid berkenaan sambil menangis.

cikgu selamatkan keadaan

Bijak mengambil hati murid berkenaan, guru tersebut segera memintanya menunjukkan biskut yang dibawa dan membuka penutup bekas agar mudah untuk orang lain mengambilnya.

“Lain kali Shakir kena buka penutup ni. Okay, semua makan cepat,” ujar guru berkenaan sambil dia turut mengambil biskut raya yang dibawa murid berkenaan.

Beberapa murid lain dilihat turut sama menjamah biskut yang dibawa rakan mereka itu.

Terima kasih cikgu sebab pandai ambil hati murid. Sesiapa pun akan sedih bila apa yang kita bawa tak dimakan. Terbaik cikgunya.

Baca Lagi:Tampil dengan wajah baru, Lucinta Luna buat doa selamat panggil anak yatim

NETIZEN

Difahamkan, murid berkenaan yang dikenali sebagai Shakir merupakan seorang anak yatim sebagaimana keterangan yang ditulis pada kapsyen.

“Bawa biskut raya tiada orang nak makan. Kesian anak yatim Shakir ni. Tak apalah kawan-kawan ada boleh makan biskut Shakir,” tulis guru berkenaan.

Sehingga kini, video menyentuh hati yang dimuat naik guru berkenaan di akaun TikTok miliknya, @farisfarhansidek meraih melebihi 6.1 jumlah tontonan.

Antara komen netizen yang terharu dengan perkongsian berkenaan.

Menjengah ruangan komen pula, rata-ratanya melahirkan rasa sebak menonton perkongsian berkenaan dan dalam masa yang sama turut memuji guru berkenaan kerana pandai mengambil hati pelajarnya.

“Terima kasih cikgu sebab pandai ambil hati murid. Sesiapa pun akan sedih bila apa yang kita bawa tak dimakan. Terbaik cikgunya.

“Alhamdulillah dapat cikgu yang baik dan pandai ambil hati anak murid.

“Menitik air mata…. pandai cikgu ni ambil hati dan pulihkan keadaan. Memang terbaik,” demikian antara komen netizen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih !

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cara Mohon

Sumber: mstar

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*