Kucing Tu Nampak Apa Kat Rumah Kosong. Tiap Hari Lepak Situ, Sampai Satu Keluarga Kena Pujuk – Oren Marah Sebab Disuruh Balik
Haiwan seperti kucing dikatakan mampu melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Mereka akan mengiau ketika cuba untuk memberitahu sesuatu, selain kelakuan anɛh yang dipamerkannya.
Apabila seɛkor kucing sering bertandang ke sebuah rumah yang tidak berpɛnghuni, pasti ada akan memikirkan hal yang bukan-bukan, sampai boleh meremang bulṳ r0ma.
Namun, lain pula yang berlaku apabila sebuah sekeluarga pṳas memujuk seekor kucing perliharaan mereka yang enggan berganjak daripada rumah kosong itu.
“Sebenarnya ada sesuatu yang buat dia tertarik di rumah tu, tapi kita tak nampak,” menurut satu komɛn warganɛt merujuk kepada sebuah video yang tular di mɛdia s0sial.
“Sekali baca komɛn ni… Oh my God, apa dia nampak? Terus seram,” balas warganɛt lain.
Bagaimanapun, rata-rata komen menyifatkan vidɛo tersebut melucukan kerana sifat manja kucing tersebut yang sedia mendengar pujukan pemiliknya.
Individu yang memuat naik vidɛo berkenaan, Dira Sarun berkata, vidɛo itu dirakam di hadapan rumah jirannya di Bangi, Selangor
Gadis berusia 23 tahun itu berkata, kucing jantannya bernama Oren sering ke rumah berkenaan apabila dilepaskan pada waktu siang.
“Oren selalu lepak kat rumah sebelah dan tak nak balik. Puas kena pujuk baru dia nak balik, tapi bagusnya Oren ni mendengar kata.
“Ada satu hari tu, saya beri dia keluar dan suruh dia balik petang, dan petang tu memang dia balik rumah,” katanya.
Bagaimanapun, anak ketiga daripada empat beradik itu tidak menganggap adanya unsur mḭstik berikutan gelagat kucing yang dibelanya sejak dua tahun lalu itu kerap ke rumah berkenaan.
“Dia sebenarnya suka tapi jarang boleh keluar. Dia marah kami suruh balik sebab dia tak nak balik lagi. Dia faham saja orang cakap apa, dia memang suka bercakap.
Dira berkata, jiran sebelah rumahnya telah lama berpindah kerana beli rumah lain, dan sejak itu rumah tersebut tiada penghuni selama kira-kira setahun.
“Jadi, bila kita marah dia, sama ada dia balas balik atau dia buat tak tahu. Kalau dia betul-betul marah, dia akan gigit lepas tu dia buat tak tahu saja,”ujarnya lagi.
“Tak ada fikir perkara (mḭstik) tu pun. Oren sebenarnya suka makan lalang dekat rumah tu. Selain itu, Oren juga suka bergolek atas rumput di situ.
Menurut Dira yang turut membantu keluarga mengusahakan pernḭagaan pr0duk untuk haiwan perliharaan, setakat ini kucingnya itu belum pernah tidak balik rumah semalaman sebab mereka akan bawanya masuk ke rumah sebelum malam.
“Tapi kalau dia kat luar rumah, memang ikut mood dia. Dia memang dengar cakap dan sangat manja hinggakan masa tidur saya pɛluk dia, kalau dia terbangun bila saya tarik tangan, dia letak tangan kat saya pula.
“Lepas tu bila dia tengah nyenyak tidur, saya keluar bilḭk sekejap tinggalkan dia dan kalau dia sedar nanti dia akan jɛrit dari bilik, marah saya sebab tinggalkan dia,” katanya secara bersɛlor0h.
Oyen oh oyen.
Sumber: infokini
Leave a Reply