Kongsi Foto Patung Ganesha, Peminat Kecewa Dengan Shah Rukh Khan -“Awak Islam”
Baru-baru ini, pelakon terkenal Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan menjadi bualan netizen apabila dia memuat naik foto patung Ganesha yang merupakan dewa bagi penganut Hindu telah meraih kritikan serta kecaman dalam kalangan netizen.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh pelakon yang berusia 57 tahun itu di laman Instagramnya, dia memuat naik gambar patung tersebut yang berada di atas meja yang dikelilingi dengan makanan.
View this post on Instagram
Tindakannya itu telah mengejutkan ramai pihak terutama peminat muslimnya yang tidak menyangka Shah Rukh Khan sanggup mengabaikan sensitiviti agama memandangkan dia adalah seorang yang penganut islam.
Difahamkan juga, pada 31 Ogos lalu, Shah Rukh Khan pernah meraikan sambutan hari Ganesha bersama isterinya, Gauri Khan yang merupakan seorang penganut agama Hindu.
Bukan itu sahaja, sebelum ini juga Shah Rukh Khan pernah dikritik dan dikecam gara-gara berkongsi sembahan dan doa restu daripada patung tersebut di media sosial namun, dia tidak pernah mengendahkan segala kecaman netizen terhadap dirinya.
Tak boleh lah macam ini Shah Rukh Khan! Awak Muslim!
Dalam pada itu, rata-rata netizen kecewa dengan tindakan Shah Rukh Khan yang seperti tidak mengambil berat mengenai status dirinya yang merupakan seorang beragama islam.
Shah Rukh Khan hormat agama lain je! Tetap sokong dia!
Pun begitu, ada juga segelintir peminatnya yang menyokong perbuatannya itu kerana mereka menyifatkan, Shah Rukh Khan menghormati agama yang lain.
Sumber: Instagram @iamsrk
Leave a Reply