Kisah Seorang Pakcik Jutawan malu nk tunjuk kemewahan kongsi tips formula kejayaannya

Kisah Seorang Pakcik Jutawan malu nk tunjuk kemewahan kongsi tips formula kejayaannya

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur dlm 70an. Duduk rumah dkt masjid.

Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta. Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln. Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq. Dia tenang bersendirian melayani anak cucu.

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak. Katanya malu. Saya minta 1 formula kejayaan dia, dia ajak ikut kerumah nanti dia kongsikan. Subhanallah! bukan satu dia bagi tapi 10. Pesan dia kongsikanlah kepada anak-anak islam semoga lebih ramai lagi ikut berjaya macam saya.

Saya catat & mahu kongsikan..

  • Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab, terus termakbul. Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
  • Jaga masa, Ia datang & berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dgn sebaik cara. Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan. Berada di masjid, sebelum azan. Masuk waktu, terus lah solat, Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki.
  • Berdoa dgn khusyuk, berserah pada Allah & bertawakal lah. Allah tahu apa yg terbaik utk kita.
  • Namun begitu, kena lah berusaha. Usaha pagi ptg siang & mlm. Usaha lah bersungguh2. Usaha bermula dgn berniat.
  • Lepas itu buat, sampai dpt. Kalau tak dpt, usaha yg lain pula.
  • Adakan masa utk baca Al-Quran.
  • Maka dia pun nasihatkan saya.“Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..Jadi jika membaca surahAl-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran. Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang2 sampai 1000 kali sehari.
  • Jaga Kesihatan, banyak kan berjalan kaki. Banyakkan minum air masak atau air mineral. Jaga pemakanan..
  • Hiidup kena buat target & kena ada wawasan. Ikat perut & usah membazir. Makanan & minuman mesti lah dihabiskan. Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa lah belanja org mkn & minum. Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu. Apabila bersih masuk. Disitu kita akan temui ramai org susah. Belanja mereka mkn & minum.
  • Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln. Apabila dlm perjalanan, berhenti. Cari lah masjid. Apabila di rumah, tutup pintu rapat2. Malam, buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur.Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama. Boleh dgr org mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi. Siapkan bahan utk kerja esok hari..
  • Usah takut jumpa org. Walau pun 5 minit mahu berjumpa, pergi lah sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Biar kita merangkak panjat bangunan. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri.
  • Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit, senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga. Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina. Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org.
  • Niat kan mahu kaya. Niat kan mahu bantu ramai org. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul2.

Kesimpulannya Rezeki, Allah yang pegang. Minta dengan Dia dulu..

Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hiidup.
Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki

cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*