Nama pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew sering menjadi sebutan di bibir masyarakat kerana sikap prihatinnya dalam membantu orang lain yang sedang berada dalam kesusahan. Namun kini giliran bapanya iaitu Ibrahim Lew pula untuk mendapatkan bantuan daripadanya selepas tiga bulan tidak dapat bergerak ke mana-mana.
Ebit Liew sememangnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat kita
Tidak putus asa menolong orang lain sehinggakan ramai yang terinspirasi dengan beliau. Ustaz Ebit Liew juga menunjukkan contoh yang baik apabila beliau bertanggungjawab menjaga dan menolong bapanya itu. Menerusi posting yang dikongsikan olehnya di laman Instagram dan Facebook, difahamkan bapanya kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
“Doakan ya. Semoga bapa saya sihat sentiasa. Dah 3 bulan ni kesihatannya mer0sot. Tak boleh makan sangat dan tak gerak kemana-mana. Atas katil je.” Tambah Ustaz Ebit menerusi posting tersebut, kekuatannya untuk berdakwah dan berjaya seperti sekarang merupakan hasil doa serta keberkatan daripada bapanya sendiri.
Beliau sangat berharap agar kesihatan bapanya itu akan bertambah baik dari masa ke masa. Kebanyakan pengikutnya turut mendoakan kesejahteraan dan kesihatan bapanya itu untuk kembali seperti biasa.
Semoga bapa Ustaz Ebit dijauhkan daripada sebarang penyakit yang memudaratkan dan mudah-mudahan beliau diberikan kekuatan untuk sembuh. Amin.
Akhir Kata
Marilah Kita sama-sama Doakan Yang Terbaik Kepada Keluarga Ustaz Ebit Lew
Sumber Dan Rujukan
Lakar media
Leave a Reply