Nampaknya pengendali skuad harimau muda sedikit. Ini selepas pengendali TFC II itu tidak memberikan kerjasamanya. Kim Swee mengatakan bahawa beliau telah membuat permintaan untuk mendapatkan beberapa pemain daripada kelab tersebut namun Tengku Hazman Raja Hassan terus berdiam diri tanpa sebarang jawapan.
Ini menyebabkan Datuk Ong Kim Swee terhadap jurulatih TFC II dan bukannya pemain-pemain TFC II.
“Memang saya marah apabila pengurusan kelab tidak mahu melepaskan pemain. Cuba bayangkan, saya telefon tidak terjawab dan saya mesej juga tidak berbalas,” katanya ketika ditemui ketika sesi latihan skuad B-22 kebangsaan di Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Namun,tambah Kim Swee menegaskan beliau tidak akan menyenarai hitamkan pasukan berkenaan kerana ia jelas merugikan pemain untuk terus berkembang.
“Tidak ada guna kalau saya ‘gam’ pasukan itu kerana saya kasiankan pemain kerana jika saya buat, ia menutup peluang dan merugikan pemain itu sendiri,” katanya.
Tindakkan daripada pengendali TFC II ini amatlah mengecewakan apabila tidak membantu pasukan Negara yang ingin bertanding dalam kejohanan Piala AFF B-22 yang akan berlangsung bulan ini.
Jurulatih Terengganu langsung tidak memberi sebarang jawapan kepada permintaan kim swee walaupun jurulatih daripada melaka itu telah menelepon dan meninggalkan pesanan ringkas namun ianya langsung tidak berbalas. Ini menyebabkan kim swee sebenarnya.
Bukan itu sahaja semalam juga aku ada menulis berkaitan dengan 5 pemain menarik diri selepas tidak mendapat perlepasan daripada kelab dan negeri masing-masing bagi kejohanan ini.
Boleh lah disimpulkan bahawa kejohanan ini banyak pemain yang diharapkan oleh jurulatih ini tidak dapat beraksi sama kerana Liga di Malaysia baru sahaja bermula dan pemain lebih diperlukan dalam kelab dan Negeri masing-masing.
Bagaimanalah keadaannya kita ingin layak ke Olimpik namun kelab dan negeri tidak mahu beri kerjasama. Sejauh mana keseriusan kita dalam membantu Negara kita untuk pergi ke satu tahap yang lebih tinggi ?
“Tepuk dada tanya pihak pengurusan”
Leave a Reply