Kereta Tersadai Di Jalan Pukul 3 Pagi, Destinasi Dituju Pula Masih Sejauh 135km, Abang Ini Tak Mau Ambil Upah Sesen Pun
Setiap pemandu kenderaan yang menggunakan jalan raya sudah pasti mahukan perjalanan mereka berjalan dengan lancar, tak mengira sama ada perjalanan jarak dekat ataupun jauh.
Salah satu benda yang paling tidak diingini oleh pengguna jalan raya adalah jika kereta mereka bermasalah seperti tayar pancit, lebih-lebih lagi jika ianya berlaku di tengah malam. Dan begitulah kejadian yang dilalui oleh seorang lelaki bernama Nashruddin Che Amat bersama isteri dan anak kecilnya sewaktu perjalanan ke Pasir Mas, Kelantan.
Ketika dalam perjalanan pada waktu malam, tayar kereta yang dipandunya pancit selepas terlanggar lubang di atas jalan. Jarak ke destinasi mereka pula masih lagi sejauh 135 kilometer tetapi mujurlah ada seorang pemandu kereta waja yang baik hati sudi membantu mereka. Jom baca kisah perkongsian Nashruddin Che Amat ini.
12 Jun 2022 lebih kurang pukul 2 pagi atau 3 pagi, tayar kereta masuk lubang di Jalan Gerik-Jeli. Isteri dan anak (2 bulan) di dalam kereta terkejut.
Beranikan diri keluar tengok , rupanya tayar pancit depan dan belakang disebabkan jatuh dalam lubang. Berhentikan kereta di tepi jalan dahulu dan cuba minta bantuan kerana cuma ada 1 tayar spare.
Perjalanan masih 135 km nak kena Pasir Mas. Terpaksa balik ke Kelantan dengan segera kerana ibu mentua ada operation pagi tu.
Selepas tamat kerja pukul 4 petang, lepas Isyak bertolak dari Penang. Back to story tidak lama kemudian ada 1 kereta Waja berhenti, tanya kenapa. Saya bagitau keadaan sebab ada anak kecil, kalau saya seorang memang tidur dalam kereta sampai esok.
Abang Azmi nama dia. Abang Azmi berhenti dan tolong disebabkan 2 tayar pancit. Abang Azmi pinjam 1 tayar dia. Dia buat dari A-Z. Rupanya dia memang buat kerja foreman ni.
Alhamdulillah, selepas siap tukar. Simpan barang semua. Saya tanya abang Azmi berapa ni. Awal tu abang Azmi tak mau ambik upah 1 sen pun. Lepastu saya pujuk dia juga, dia kata bagi la berapa pun. Dia kata RM20 pun jadi la.
Hampa rasa berbaloi ka nak bagi RM20, dia buat A-Z dekat Gerik. Pukul 3 pagi kalau dia kata RM100/RM200/RM300 ka saya bagi.
Bukan nak bagitau duit banyak tapi lebih risaukan anak & bini. Lepastu, saya drive slow-slow dalam 50 kmh. Abang Azmi tu follow belakang sampai Hentian Titiwangsa.
Punya la takut kereta rosak lagi. Punya la baik hati. Allah hantar orang yang baik hati & prihatin untuk tolong kami. Pukul 10 pagi baru kami jumpa di Pasir Mas untuk serahkan balik tayar spare abang Azmi sebab abang Azmi otw pergi Pengkalan Chepa & Kuantan.
Abang Azmi ni tinggal dekat Butterworth. Dia buat repair-repair (foreman). Azmi (018-2464850).
InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi nanti. Terima kasih banyak dan tak terhingga dari saya.
Kredit: Nashruddin Che Mat
Sumber : sajagempak
Leave a Reply