5 beranak maut, kereta terbakar selepas rempuh lori

kereta terbakar

kereta terbakar selepas rempuh lori

Angka korban kemalangan kereta terbakar di KM310.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan dekat Kampar, Perak awal pagi tadi meningkat kepada lima orang, selepas seorang mangsa cedera parah meninggal dunia.

Ketua Ketua Polis Kampar, Mohamad Nazri Daud dipetik Harian Metro berkata, Muhammad Fawwaz Nasaruddin, 7, yang kritikal kerana kereta terbakar, telah dirawat di Hospital Tapah meninggal dunia pada 9.20 pagi tadi.

kereta terbakar

Beliau berkata, empat lagi mangsa korban ialah Azriyani Abdul Latif, 45, serta tiga anaknya, Muhammad Azib Nasaruddin, 23, Siti Nur Aminah Nasaruddin, 8, dan Ahmad Uwais Al Qorni Nasaruddin, 5, yang semuanya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Baca lagi : “Kamu kejam rampas bayi kami!” – Lelaki merana anak meninggal, isteri parah dalam kemalangan gara-gara lori lebih muatan

kereta terbakar

Terdahulu, Nazri berkata, Fawwaz cedera di kepala dan dirawat di Hospital Tapah.

BACA LAGI:Fad Bocey kemalangan jalan raya, isteri maklum ada hentakan di kepala

Ahmad Danish Basyir Nasaruddin, 16, dan Siti Nur Khadijah, 14, adik beradik kepada lima mangsa yang maut dalam kemalangan di KM310.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kampar awal pagi tadi ditenangkan ahli keluarga di Unit Forensik Hospital Kampar.

Dalam kemalangan itu, lima sekeluarga iaitu ibu serta empat anaknya yang menaiki sebuah Proton Saga maut apabila kenderaan tersebut hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah lori muatan pasir di KM310.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan.

Tiga beradik termasuk ibu yang berusia 45 tahun maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi anaknya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tapah. – sumber instagram

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook:cara mohon

Sumber

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*