Kedai telefon, restoran, bidang IT, sales dan marketing, kedai perabot, tekstiI dan pakaian serta banyak lagi perniagaan yang melonjak naik adalah orang Cina. Sehingga orang Melayu juga berminat mengetahui rahsia kejayaan perniagaan orang Cina dalam perniagaan.
Kebanyakan daripada mereka mula berniaga dari zer0 ketika tiada apa-apa, sehinggaIah mereka berjaya.
Jom ketahui dan kenalpasti 10 cara orang Cina berniaga yang boleh dijadikan contoh.
1. Kerja Keras Dan Lebih Kuat.
Dalam Islam sendiri pun ada cakap, ‘Man Jadda Wajada’ yang bermaksud, siapa yang berusaha bersungguh-sungguh, dia pasti akan dapat. Kata tokoh konglomerat Korea Selatan, Kim Woo Ch0ong pula, “Sekiranya kerajinan kita sama dengan orang-orang barat, kita masih tidak dapat untuk menyainginya. Jika ingin lebih berjaya daripada mereka, kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali berkerja lebih kuat daripada mereka”.
Orang Cina memegang prinsip bekerja keras dan bekerja kuat. Sebab itulah ramai orang Cina yang rajin berusaha.
Jarang kita nampak orang Cina yang meminta-minta dan tidak bekerja.
2. Berjimat-Cermat, EIak Duit Keluar.
Perasan tak, kebanyakan orang Cina akan menggunakan duit bisnes untuk r0lling modal sahaja. Jarang pula kita dengar mereka gunakan untuk enjoy begitu saja.
Malah, semua duit masuk dan keluar dicatatkan dengan jelas.
3. Menjaga Hubungan Dengan PeIanggan.
Hari ini kita beli kereta dengan mereka, 9 tahun kemudian hubungan silaturrahim masih lagi baik dan sering bertanya khabar atau bagi ucapan Selamat Hari Raya.
Cara orang Cina berniaga bukanlah memikirkan duit semata-mata, tetapi juga hubungan di antara pelanggan yang bertukar menjadi kenalan dan kawan.
4. Upselling.
Mereka juga akan menawarkan diskaun dan potongan harga jika kita pernah membeli barang di kedai mereka sebelum ini. Bagi mereka, ia tetap dapat menambahkan keuntungan perniagaan.
5. Pantas Bertindak.
Cara orang Cina berniaga amat pantas. Mereka menggunakan prinsip ‘Siapa cepat, dia dapat’. Sebelum orang lain buat, mereka akan buat dahulu.
Sebelum pelanggan fikir begitu, mereka akan beri penyelesaian dahulu. Itu membuatkan perniagaan mereka semakin maju dan terus maju.
6. Pengalaman.
Bagi orang Cina, perniagaan dengan hanya berbekalkan ilmu sahaja sememangnya tidak cukup. Pengalaman sangat penting untuk berjaya.
Oleh sebab itu, ramai anak muda cina mula berniaga selepas tamat sekolah untuk mendapatkan pengalaman dan belajar akan selok belok perniagaan. Mereka bukannya mencari ilmu semata-mata, tetapi mencari pengalaman yang sangat berharga untuk kegunaan masa depan.
7. Konsep Rezeki.
Kaum Cina percaya bahawa rezeki datang jika mereka rajin berusaha seawal pagi. Mereka akan memulakan kerja pada awal pagi dan memegang konsep, ‘Memberi akan membuatkan mereka dapat lebih banyak’.
Sama seperti konsep sedekah, mereka juga berfikiran sekiranya mereka berbuat baik, mereka akan diberikan rezeki yang lebih banyak.
8. Sentiasa Berfikiran Positif.
Untuk pengetahuan anda, orang Cina yang berniaga kebanyakannya memiliki sikap positif. Mereka juga takkan bercakap perkara yang buruk sebelum mula meniaga.
9. Kreatif.
Cara orang Cina berniaga yang ramai tidak tahu adalah mereka amat kreatif dalam memikirkan perkara yang tidak ramai orang buat. Sebagai contoh, mereka mengusahakan perniagaan yang mendapat permintaan tinggi yang orang lain tak terfikir pun nak buat.
Ini bermakna, mereka akan mengkaji terlebih dahulu apa masalah orang ramai yang boleh mereka beri penyelesaian.
Mereka juga suka berpakat jadikan sesuatu lokasi tersebut menjadi specialised area dan akan menarik lebih banyak pelanggan. Biasa nampak kedai tayar berderet-deret dalam kawasan yang sama?
10. Menjadi Bos Kepada Diri Sendiri.
Biarpun bekerja dengan orang lain, mereka akan fikirkan perniagaan itu adalah perniagaan mereka sendiri. Merekalah pekerja dan mereka jugalah bos.
Dengan mindset sebegitu, mereka akan berfikir dan bertindak sebagai seorang bos dan berusaha untuk membawa kejayaan yang tinggi kepada syarikat dan perniagaan.
Dan lagi satu kalau kita perasan, mereka sering berniaga secara berjemaah. Kedai sebelah jual nasi ayam, kedai mereka pun jual nasi ayam. Kedai sebelah jual telefon, mereka pun jual telefon.
Mereka juga tiada masalah untuk beri bisnes kepada kedai sebelah. Sebagai contoh model telefon yang mereka miliki ‘0ut of stock’ tetapi pelanggan nak beli juga, mereka akan ‘pinjam’ kedai sebelah punya telefon, asalkan barangan terjual dan pelanggan pun berpuas hati.
Sumber Majalah Labur
Leave a Reply