Keluarga Ingat Dah Meninggal, Rupanya Lelaki Ini Terbaring Tepi Jalan Selama 6 Hari Akibat Kemalangan

Keluarga Ingat Dah Meninggal, Rupanya Lelaki Ini Terbaring Tepi Jalan Selama 6 Hari Akibat Kemalangan

Seorang lelaki di Thailand berjaya diselamatkan selepas dijumpai terbaring di tepi jalan selepas enam hari kerana mengalami kecederaan akibat kemalangan motosikal.

Dilaporkan hilang

Disebabkan kehilangannya itu, keluarga lelaki berkenaan memulakan pencarian selama empat hari berturut-turut tetapi keberadaannya masih lagi menjadi misteri.

Bukan itu saja, rakan-rakan mangsa turut membuat hantaran di media sosial untuk memaklumkan kepada orang ramai berkenaan dengan kehilangan lelaki tersebut.

Selepas tidak dapat mengesan sebarang jejak, keluarga serta rakan-rakannya mendakwa bahawa lelaki tersebut telah pun meninggal dunia tetapi ingin mencari tubuh untuk mengadakan upacara pengebumian.

Pada hari keenam kehilangan lelaki itu, pak cik saudara terjumpa motosikal milik anak buahnya yang terletak di tepi jalan sekitar Jalan Udon-Nong Bua Lamphu Road, berhampiran dengan Lapangan Terbang Udon Thani.

Ternyata, susuk tubuh lelaki itu tersorok di bahagian semak dan rumput tinggi menyebabkan dia sukar untuk dikesan sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Lebih menyedihkan, ibu mangsa meraung dan menangis apabila dapat berjumpa semula dengan anaknya. Dia turut meluahkan rasa syukur dan gembira kerana anaknya masih lagi hidup.

Sumber: The Thaiger News

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*