Kek Span pandan Lembut Mudah Tanpa Oven sedap dihidang waktu petang

Kek Span pandan Lembut Mudah Tanpa Oven sedap dihidang waktu petang

Waktu pentang macam ne memang best layan air kopi dengan kek span ringan dan lembut. Kadangkala bila beli tak dapat sebagaimana rasa yang kita inginkan. Terlebih manis dan sebagainya. Ini min kongsi cara mudah buat kek span tanpa guna oven. Korang pasti teruja nak buat.

Resipi kek pandan span

  • 5 biji telur  (blend sehingga gebu)
  • Secawan gula halus
  • 1 sudu kecil Pewarna hijau
  • 1 sudu kecil penuh Ovelete

Bahan B (ayak sama)

  • 2cawan gandum
  • 1sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil baking powder

Bahan C

  • Setengah cawan minyak
  • Secawan air masak pandan(bukan panas)

Cara memasak:

  • Ambil bahan blend masukkan ke dalam bekas bahan B dan kacau sebati (kacau manja secara manual saja)
  • Kemudian masukkan minyak kacau sikit then masukkan air kacau sebati “adunan mcm cair tak pekat”.
  • Masukkan ke dalam loyang (sapu minyak sikit supaya kek xmelekat bila dah masak nanti) dan kukus atau bakar sehingga masak (40 minit).

Kredit resepi: asieyaa asr

 

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*