Hari pertama ke tadika, kanak2 minta singgah pusara ibu lepas habis sekolah
Anak-anak yang berasa teruja, ibu bapa turut sama berdebar melihat zuriat mereka melangkah masuk ke sekolah buat kali pertama.
Semalam bermulanya sesi persekolah baru untuk penggal ini. Pelbagai drama dapat dilihat terutamanya mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di sekolah.
Nak jengah pusara ibu lepas habis sekolah
Hal ini lain pula ceritanya dengan perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai sweetiepi418 apabila berkongsi momen hiba berkaitan anak buahnya yang kali pertama hadir ke sekolah tadika.
Menurut sweetiepi418, ibu kepada kanak-kanak tersebut sudah meninggal dunia dan hanya bapa serta ibu saudaranya sahaja yang mengalas tanggungjawab menghantarnya ke sekolah.
@sweetiepi418sebak🥺 arini acu & baba temankan hana ye..alfatihah untuk ummi hana..mesti umi bangga tgk hana xnngis pon p sekolah.hana ckp balik nanti nk jumpa umi bgtahu dia dh sekolah😭😭😭😭♬ Anakku Sayangku – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Janji tak nangis dekat sekolah
Apa yang menyedihkan adalah permintaannya anak buah kepada pengguna Tiktok itu yang mahu ke pusara ibunya selepas habis sesi persekolahan kerana mahu memberitahu yang dia sudah masuk ke sekolah.
Disebabkan dia tidak menangis sewaktu di sekolah, mereka telah menunaikan janji untuk sama-sama ke tanah perkuburan.
@sweetiepi418done kuturuti
Kecil2 sudah kehilangan orang tersayang
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui sebak melihat situasi berkenaan kerana memang sukar bagi seorang anak kecil perlu berdikari tanpa kehadiran seorang ibu.
Namun begitu, mereka juga sempat menitipkan doa agar kanak-kanak perempuan itu membesar menjadi anak yang solehah serta mampu membanggakan orang tua.
Semoga adik terus kuat ya
Mesti dia nak cerita pengalaman dia dekat sekolah kan
Sumber: TikTok sweetiepi418
Leave a Reply