Takdir Allah disapa Jutawan Makkah Lelaki Arab itu kongsi amalan jadi kaya tiba-tiba.

Takdir Allah disapa Jutawan Makkah Lelaki Arab itu kongsi amalan jadi kaya tiba-tiba.

Ketika menunaikan ibadah di Mekah, lelaki ini disapa seorang individu berbangsa Arab yang sangat berjaya dalam perniagaan. Antara barang dagangannya adalah kurma, gandum, unta, kambing dan macam-macam lagi ke seluruh tanah arab.

Apa yang mengagumkan, walaupun berjaya sehingga mempunyai 10,000 pekerja lelaki tersebut langsung tidak sombong malah memberi tips untuk diamalkan.

Ditakdirkan berjumpa hamba Allah yang sangat kaya

Sedikit perkongsian semasa sy di Makkah..

Semasa di Makkah, sy ditakdirkan Allah, berjumpa dengan hamba Allah yang sangat2 kaya.. kerjanya adalah berdagang barang2 keperluan di seluruh tanah arab, seperti kurma, gandum, unta, kambing, dan macam2 lagi..

Dengan takdir Allah, hamba Allah ini menegur sy sewaktu menunggu azan solat fardu berada betul2 sebelah sy dalam saf.. Hamba Allah ini tanya sy dari mana, dan sy bgthu dari Malaysia.. dan dia tanya lagi adakah pertama kali dtg ke makkah.. sy menjawab ya.. dia terus memeluk sy dan menyebut kalimah masyaAllah.. semua percakapan dlm bahasa english.. al maklum sbb sy tak reti bahasa arab.. setakat ana anta tu boleh lah.. walaupun skolah dan universiti sy ambil bahasa arab..

Seterusnya, sy tanyakan dia.. dari mana.. dia cakap dari arab saudi.. dan dia tanyakan sy.. adakah sy student atau sudah bekerja.. sy ckp, sy sudah umur sekian2 dan ada perniagaan kecil kecilan.. dan sy tanya pula, apa pekerjaan dia.. dia cakap, dia bantu salurkan makanan dari Allah utk ke seluruh penduduk tanah arab.. MasyaAllah.. sy sudah agak, dia ni mesti pedagang arab yg hebat.. tp, sy tanya lagi.. adakah anta berniaga..? Di balas ya.. dan terus naikkan semangat sy untuk terus bersembang dengan dia.. org nya sgt rendah diri dan sama seperti org2 lain di dalam masjid al haram.. xde perbezaan darjat pun.. bukan duduk di carpet istimewa atau ruang istimewa.. dan sy pasti hamba Allah ini adalah millionir mahupun billionir..

‘Not from me, but from Allah SWT’

Maka mula lah sesi interview yg sgt hebat dan tip2 yg dia bagi pada sy, bagaimana utk menjadi pembantu Allah dalam dunia ini.. kalau nk jadi pembantu Allah dalam kehidupan harian kita, dlm pekerjaan kita, kita kena apply juga ya.. kalau dah jadi pembantu dan hambaNya.. faham2 lah.. jadi PA pada org besar pun dah boleh buat duit kan dgn izin Allah.. ini kan pula Pada Allah s.w.t, tuhan kita sekalian alam.. MasyaAllah..

Maka sy tanya lagi, adakah makanan2 yg sy makan di sini tu anta yg supply..? Dia cakap, ya.. dia adalah salah seorang dari beberapa pedagang yg lain.. terus sy sapa, masyaAllah.. dan dia sambung bukan dari dia.. tp dari Allah s.w.t.. katanya.. in english.. “not from me, but from Allah s.w.t..”

Dia sambung, hamba Allah ini ckp, dia kena jaga pekerjanya seramai 10000 org di seluruh tanah arab.. masyaAllah.. terus sy rasa mcm nak pengsan.. sy jaga beberapa org pun dah rasa mcm x tentu hala.. ini kan pula 10000 org.. MasyaAllah.. jadi, sudah faham kan, sejauh mana perniagaan hamba Allah ini jika mempunyai pekerja 10000 org..

Sy tanya dia, mcm mana boleh sampai tahap mcm ni.. dia terus cakap.. semua nya kerana Allah yang bagi dan amanahkan pada dia.. dulu dia seorang yg miskin, berdagang seperti pedagang2 kecil yg lain.. yg membantu emak dia jual barang2 keperluan di tepi2 jalan.. dan semua nya sekelip mata, bila hamba Allah ini buat tips yg dia bagi pada sy ini.. ringkas dan mudah.. conversation x boleh panjang, sbb dlm masjid dan org dah azan.. maklum lah..

Apa yg tips dia bagi.. utk apply..?

1) Solat fardu 5 waktu jgn tinggal

2) Jaga solat awal waktu, sebelum azan harus ada di dalam masjid2 yg terdekat.. sbb Allah memanggil kita, kenapa kita harus sombong xnak pergi.. seperti Allah ingin memberikan sesuatu dan panggil kita ke rumahnya, x logik kalau kita xnak pergi..

3) Solat sunat duha dan tahajjud jgn sesekali tinggal.. minimum 4 rakaat 2 rakaat setiap solat. Ini sebagai seolah2 pintu belakang kita dengan Allah s.w.t..

4) Solat taubat setiap hari..

5) Doa.. dan doa nya adalah, Ya Allah, kau anugerahkan lah aku perniagaan besar dan barkah yang dapat aku bantu seluruh umat islam di muka bumi ini. Itu shj.. 6) Zakat dan Sedekah..

MASYAALLAH…. semuaNya di atas kehendakNya.. kita penuhkan semua tips yg Hamba Allah ini bagi.. insyaAllah.. rezeki perniagaan kita semua akan terbentang luas, kerana niat perniagaan kita dan menjalankan amanah yg kita janjikan itu..

InsyaAllah, dengan apa yg sy kongsikan ini akan mendatangkan satu anugerah dari Allah s.w.t yg hebat yg x semena2 kita jangkakan kan.. insyaAllah.. sy doakan kawan2 yg membaca ini berjaya di dunia dan akhirat di limpahkan rezeki oleh Nya..

Salam..

(sy guna istilah pembantu ini sekadar perkataan hambaNya yg menjalankan amanah ya.. sbb Allah maha besar, sekelian alam. Faham ya..)

Sumber : Nik Hilman

cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*