“Jangan hina Najib & Rosmah, usah hitung dosa orang lain..” – Aliff Syukri

“Jangan hina Najib & Rosmah, usah hitung dosa orang lain..” – Aliff Syukri

Penyanyi dan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menegur segelintir individu yang ‘bergembira’ atas musibah menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut usahawan berusia 35 tahun itu, dia terkilan apabila ramai mengeluarkan kata-kata hina terhadap Najib dan Rosmah selepas masing-masing dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

“Dugaan Najib dan Rosmah di hujung usia… jangan mengkeji dan menghina melampau.. cuba bayangkan itu mak ayah kita.

“Lagipun dugaan kita nanti tak tahu lagi macam mana awak,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram hari ini.

Bercerita lanjut, penyanyi lagu Baby Sayang itu turut berkongsi pengalaman sewaktu ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes yang didapati tidak bersalah.

Aliff berkata, kejadian itu umpama sejarah hitam yang sukar dilupakan oleh dirinya apatah lagi ‘kes besar’ seperti dilalui pasangan tersebut.

“Saya nak cerita sikit kat awak ni. Dulu saya pernah naik kereta polis dan ditahan untuk siasatan kes yang saya tidak bersalah.

“Itu pun saya tak mampu tidur dan kencing sebab ketakutan dan malu. Malah itu adalah detik yang tak dapat saya lupakan seumur hidup saya.

“Ini pulak kes seperti Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib.. saya tak dapat nak bayangkan perasaan tu jika saya di tempat mereka,” katanya.

Tambahnya, dia bukan penyokong Najib dan Rosmah tetapi hanya bersimpati atas musibah menimpa mereka selain mendoakan pasangan itu tabah menerima dugaan diberikan.

Malah tegas Aliff, undang-undang menentukan segalanya sekali gus berharap orang ramai tidak perlu menghitung dosa individu lain sebaliknya mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.

“Saya bukanlah penyokong tegar mereka dan bukan membenci mereka tetapi ambik sebagai iktibar buat kita.

“Semoga kedua-duanya tabah dengan dugaan ini yang bukan calang2. Salah atau tidak biar Allah yang tahu dan biarkan badan berwajib membuat tindakan.

“Kita jangan lah menambahkan lagi tekanan kepada mereka. Janganlah kita sibuk menghitung dosa orang lain sampai kita terlupa nak hitung dosa kita sendiri.

“Ingat, kesalahan mereka pun ujian untuk diri kita juga. Jangan seronok dengan dugaan orang lain sebab tangan yang menaip pun bakal disoal nanti.

“Kita tak pasti lagi nasib kita esok lusa bagai mana,” ujarnya panjang lebar.

Minggu lalu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hari ini pula, Rosmah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM970 juta berhubung tuduhan rasuah membabitkan projek tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Sumber: Instagram Aliff Syukri

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*