Isteri‘Disapu’Ombak 2011,Suami Tua Masih Setia

Suami Tua Masih Setia Menyelam Untuk Mencari

Masihkah anda ingat kepada bencana alam luar biasa yang telah menimpa negara Jepun pada 11 Mac 2011 lalu? Fenomena ombak besar yang ‘menyapu’ habis kota Honshu turut mengorbankan lebih 20,000 orang manakala 2,500 lagi dilaporkan belum ditemui hingga sekarang.

Kisah kesetian Mr Takamatsu mencari isteri yang “hanyut”sejak 2011

Walaupun kerajaan Jepun begitu pantas menjalankan kerja-kerja pembaikan dan pembinaan semula infrastruktur Honshu, pastinya kenangan hitam yang dialami penduduk di sana kekal tersemat di hati mereka sampai bila-bila. Di sebalik semua itu, lelaki berusia 66 tahun bernama Yasuo Takamatsu sempat menghibakan ramai dengan perjuangan mencari isterinya, Yuko Tamakatsu yang belum dijejaki hingga kini. Berikut adalah kronologinya :

1.Pada pagi 11 Mac 2022, Mr Tamakatsu menghantar Yuko ke tempat kerja (bank).

2.Kemudian, dia menghantar ibu mentuanya ke pusat rawatan yang berjarak 0.24km, tiba-tiba gegaran kuat berlaku.

3.Dia dapat berita anaknya di universiti selamat, namun Yuko gagal dihubungi.

4.Pada jam 3.21 petang, dia terima mesej dari Yuko “Awak okey tak? Saya nak balik rumah”.

5.Dia bergegas ke lokasi, namun dihalang pihak bomba kerana keadaan sangat kucar-kacir.

6.Mr Tamakatsu pergi ke semua ceruk tempat, setiap tingkat setiap bangunan, setiap orang ditanya. Namun keberadaan Yuko tak diketahui sesiapa.

BACA LAGI:Pembeli Kesal Nasi Lemak Dicaj Lebih 50 Sen Suruh Tambah Telur, Sambal & Bilis

segala badai dan cabaran diredah untuk menyelam dilautan dalam

Sejak hari itu, dia tidak pernah berhenti mencari Yuko walau di darat atau di laut. Bayangkan di usia yang semakin senja, dia sanggup mendaftar kelas scuba diving sebagai usaha mencari isteri di lautan. Suami Tua Masih Setia Bukti cinta sejati, rupanya Mr Tamakatsu sudah menyelam lebih 600 kali di tempat berbeza tak kira siang ataupun malam.

“3 hari lepas belajar, Mr Tamakatsu berjaya peroleh lesen asas. Pada 2013, setiap hari dia habiskan masa berjam-jam baca buku rujukan menyelam untuk segera mendapatkan Sijil Menyelam Kebangsaan.

BACA LAGI:Kongsi gambar berkemban, Sharifah Sakinah terima komen berbaur lucah

Mrs Yuko sempat taip satu mesej namun tidak sempat tekan butang hantar

Kadangkala, Mr Tamakatsu sengaja mendekati anggota penyelamat untuk mendengar laporan semasa di walkie talkie. Pantang ada penemuan baru, dia akan segera ke lokasi untuk memastikan sama ada itu adalah Yuko atau bukan. Sesekali, dia menarik nafas lega jika tubuh yang dijumpai itu bukan Yuko kerana Mr Tamakatsu berharap isterinya masih hidup. Sebulan selepas fenomena itu, pembersihan di kawasan bank dimulakan. Mereka menemukan telefon bimbit Yuko dengan sebuah mesej yang tidak sempat dihantar pada jam 3.25 petang.

Saya tiada pilihan lain,selain terus mencari Yuko

12 tahun sudah berlalu, Mr Tamakatsu yang semakin tua masih setia mencari Yuko di segenap tempat. Selagi hayat dikandung badan, lelaki ini akui serba salah jika dia tidak berusaha membawa Yuko ‘pulang’ walaupun entah bila detik itu akan tiba.

SUMBER:KISAH DUNIA

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*