“Isteri tak tahu saya artis, dia tak tengok AF..” – Shahir Zawawi

“Isteri tak tahu saya artis, dia tak tengok AF..” – Shahir Zawawi

Penyanyi Shahir Zawawi mengaku memulakan langkah terlebih dahulu dalam mendekati isterinya, Jaskin Jaludin sehingga hubungan mereka berakhir di pelamin.

Memetik laporan Media Hiburan, penyanyi berusia 34 tahun itu berkata, mereka mula berkenalan menerusi laman Instagram pada Mei lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NoReZZ IdRiS (@norezzidris)

“Saya kenal isteri pada bulan Mei tahun ini, lepas raya menerusi Instagram. Saya mengaku yang saya tegur dia dulu.

“Masa itu memang kami dua-dua dalam fasa nak cari pasangan untuk settle down,” kata Shahir.

Penyanyi lagu Kebahagian Dalam Perpisahan itu berkata, mereka hanya mengambil tempoh dua minggu sebelum menemui keserasian antara satu sama lain.

“Kami kenal, borak-borak dan dua minggu selepas itu kami ambil keputusan untuk jalani kursus kahwin secara online.

“Hanya selepas itu baharu kami keluar bertemu janji dan Alhamdulillah dari situ saya lihat kami ada keserasian dan keselesaan apabila bersama,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NoReZZ IdRiS (@norezzidris)

Menariknya, isterinya yang juga pemilik sebuah butik di Puchong, Selangor tidak mengetahui bahawa Shahir adalah juara musim kelapan program realiti Akademi Fantasia (AF8).

“Saya terpaut pada hati isteri, dia seorang yang suci hatinya. Kalau siapa kenal dia, tahu dia macam mana orangnya. Lagi satu dia pun lucu orangnya.

“Kita nak pasangan yang bukan sekadar isteri tapi dia juga sahabat, dia juga teman gelak ketawa, Alhamdulillah semua ciri-ciri itu ada pada dia.

“Isteri tidak tahu saya seorang artis sebab dia tidak tengok AF,” kongsinya lagi.

Sementara itu, bagi Jaskin pula, dia tidak menyangka akhirnya menemui jodoh sehingga mengalirkan air mata selepas diijabkabulkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NoReZZ IdRiS (@norezzidris)

“Saya menangis sebab saya tak rasa pun saya akan berkahwin dan akan dapat merasai momen seperti ini.

“Tentang kisah perkenalan kami, memang saya tak tahu pada mulanya yang Shahir seorang artis.

“Lepas saya dapat tahu, saya terus bertanya pada dia, betulkah awak ini artis? Sebab saya memang tidak menonton program AF.

“InsyaAllah, saya sudah bersedia dengan liku-liku bergelar isteri kepada seorang selebriti dan tidak menghalang Shahir berduet dengan artis wanita,” kata wanita berusia 30 tahun itu.

Terdahulu, pasangan tersebut dinikahkan di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Center, Subang Jaya dan akan melangsungkan majlis resepsi hari ini.

Sumber: Media Hiburan (Juliana Johar) , Instagram @norezzidris

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*