Lelaki mavt digiliss lori isteri sedang hamil janji besarkan anak2 dengan baik

Lelaki mavt digiliss lori isteri sedang hamil janji besarkan anak2 dengan baik

Seorang wanita reda atas pemergian suaminya Ahmad Sofwatullah Shahrin yang meninggalll dunia dipercayai digilisss sebuah lori di Kilometer 18.3 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Petaling Jaya dua hari lalu.

Menerusi laman Facebook, Malihah Abdul Halim meluahkan rasa syukur apabila urusan pengebbbumian arwahhh suaminya yang berusia 29 tahun itu berjalan dengan lancar malam tadi.

Rasa bersyukur dan berterima kasih kerana ramai yang membantu.

Meskipun perit bagi menerima kenyataan, namun ibu kepada dua cahaya mata itu bersyukur mempunyai ahli keluarga serta mentua yang baik hati menjadikan dirinya kekal tenang bagi menghadapi ujian tersebut.

Tanpa mereka, tak tahu apa akan jadi…

Tambah kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, dia berjanji akan menjaga zuriat mereka sebaiknya dengan penuh kasih sayang seperti yang dilakukan arwah ketika hayatnya.

Wajah abang tenang, macam tengah tidur

“Terima kasih Allah meminjamkan seorang suami yang sangat penyayang selama 5 tahun lebih. Saya menjadi saksi bahawa abang seorang suami yang sangat bertanggungjawab, tidak pernah mengabaikan keluarga walau sedikit pun,” luahnya.

Selain itu, pengguna Facebook bernama Najmi Farisham ada berkongsi sebuah posting yang memohon saksi kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan.

Mohon bantuan & kuasa viral

MOHON BANTUAN DAN KUASA VIRAL DARI SEKALIAN RAKYAT MALAYSIA

Semalam, 24 November 2020 sahabat sepengajian kami di Universiti Islam Madinah, Ahmad Sofwatullah telah kembali dijemput Ilahi selepas terlibat dalam nahas jalanraya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Pihak polis telahpun memulakan siasatan dengan memanggil mana-mana saksi yang ada di tempat berkenaan pada sekitar jam 12 tengahari atau 1 petang untuk tampil memberi keterangan, memandangkan ia kemalangan yang serius dan dipercayai melibatkan kes langgar lari.

Sehingga jam hantaran ini ditulis, masih belum ada laporan dari pemandu lori yang terlibat mahupun mana-mana saksi yang tampil memberi keterangan.

Sahabat kami meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak kecil dengan seorang daripadanya masih di dalam kandungan. Tiada lagi gelak tawa dan gurau dari arwah kepada isteri dan anak anak. Tiada lagi tempat untuk keluarganya berteduh kasih dari seorang suami dan ayah.

Oleh itu, saya menyeru dan memohon jasa baik tuan puan dan sahabat sekalian, kita tularkan hantaran ini sehingga suspek yang terlibat dapat dijumpai untuk siasatan lanjut.

Sesiapa yang ada di sekitar LDP pada jam yang berkenaan dan menyaksikan kemalangan ini berlaku juga diharap dapat tampil memberi kerjasama kepada pihak polis supaya dapat melancarkan siasatan.

Ini ringkasan butiran kemalangan:

Tarikh: 24/11/2020 (Selasa)
Masa: Sekitar jam 12 tengah hari – 1 petang
Tempat: LDP arah Damansara

Sebarang info dan keterangan boleh hubungi:

Pegawai Penyiasat Inspektor Abdul Nasser Peping
+6012-2863875

Ahmad Sofiudeen (Adik arwah)
+6013-640 7558

Ahmad Saif (Adik arwah)
+6013-6044900.

MOHON SEBARKAN DAN KONGSI HANTARAN INI DEMI ARWAH SAHABAT KAMI DAN KELUARGANYA.

Sama-sama kita doakan semoga Almarhum sahabat kami ini diampunkan dosanya, dirahmati disayangi Tuhan dan dimasukkan ke syurga-Nya paling tinggi. Moga segala urusan waris dan keluarganya dipermudahkan, insya-Allah. Baarakallahu fiikum.

Terdahulu memetik laporan Harian Metro, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal bergesel dengan sebuah lori menyebabkan terjatuh lalu digilis kenderaan tersebut.

Sumber: Malihah Abdul Halim , Najmi Farisham , Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*