Hidap hipertiroid? Azhar Sulaiman cemas anak sulung pengsan di hospital

Hidap hipertiroid? Azhar Sulaiman cemas anak sulung pengsan di hospital

Pelakon Azhar Sulaiman berkongsi detik cemas apabila anak sulungnya Kasih Leia Ixora mengalami pengsan di kawasan parkir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, Azhar seperti meluahkan kebimbangan dengan keadaan anaknya yang dipanggil Kasih itu kerana dipercayai menghidap penyakit hipertiroid.

@azharbsulaimanKasih pitam kat parking lot PPUM just now….Nasib baik orang lalu lalang kenal saya…kalau tak sure dorang suspect saya cuba kidnap Kasih papah bawak masuk kereta….Phewww♬ original sound – Azhar Sulaiman

“Kasih pitam kat ruangan parkir PPUM. Nasib baik orang lalu lalang kenal saya… kalau tak mesti dorang suspek saya cuba culik Kasih papah bawak masuk kereta,” tulisnya semalam.

Beberapa hari sebelum itu, gadis berusia 21 tahun itu ada memuat naik sebuah video di TikTok memaparkan dia baru selesai melakukan rawatan di bilik wad pusat perubatan berkenaan.

@terimame.v2mass 🩸

♬ original sound – KASIH LEIA IXORA

Video berdurasi hampir 30 saat itu memaparkan Kasih meluahkan rasa penghargaan kepada beberapa petugas PPUM yang merawatnya dengan penuh dedikasi.

“Ini lah puteri-puteri bidadariku (petugas) dekat wad prosedur khas. Beribu bintang untuk ini (rawatan). Terima kasih bossku,” katanya yang dilihat kurang fasih berbahasa Melayu.

Meninjau di ruangan komen, ramai mempersoalkan keadaan fizikal gadis berkenaan yang kurus dan kurang bermaya selain berkongsi pengalaman masing-masing dalam berdepan masalah hipertiroid.

Malah, segelintir individu turut menitipkan doa berharap Kasih diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.

Sumber: TikTok Azhar Sulaiman & Kasih Leia Ixora

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*