Hanya Bermain Game Suri Rumah Mampu Raih Pendapatan RM 18,000 Di facebook.

Hanya Bermain Game Suri Rumah Mampu Raih Pendapatan RM 18,000 Di Face book.

Di luar negara bermain game atau E-sukan adalah satu kerjaya yang amat lumayan. Namun di malaysia masih ada segelintir masyarakat yang memandang negatif dalam bidang E-sukan ini. Baru-baru ini tular seorang suri rumah mampu raih pendapatan 18k sebulan dengan hanya bermain game.

Ini yang dilakukan oleh seorang suri rumah, Roslinda. Dalam kesibukan mengendalikan kerja rumah, dia sempat menjadi streamer untuk Facebook Gaming Creator.

Pendek kata bermain game sambil menjana pendapatan, memang hebat wanita bernama Roslinda ini! Menerusi temubual bersama saluran youtube Maukerja, Roslinda berkongsikan bagaimana dirinya boleh berkecimpung dalam dunia penstriman ini.

Roslinda mula menjana pendapatan melalui penstriman ini sejak bulan 10 tahun lalu. Roslinda atau turut dikenali dengan nama Miss Rose. Menurutnya, dia gemar mengisi masa dengan bermain game. Dari situ adik iparnya mencadangkan dirinya untuk stream di Facebook yang secara tidak langsung dapat juga menjana pendapatan.

Melalui pengalaman sepanjang melakukan penstriman ini, ada juga kata-kata kurang ‘enak’ yang ditujukan kepadanya. Namun semua itu tidak mematahkan semangat wanita ini.

Berikut adalah video penuh sesi temubual bersama Roslinda:

Siapa sangka, pendapatannya kini mencecah sehingga ke RM18000 ! Perkongsian penuh inspirasi ini telah meraih perhatian ramai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Musang live

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*