Gol Nasib Pahang Bawa Tiga Mata


Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Notice: Trying to get property 'post_title' of non-object in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Perlawanan ke-6 Liga Super Malaysia pada hari ini membabitkan pasukan Pahang menentang Kedah di Stadium Darul Makmur penuh debaran dan sangat rancak. Kedua-dua pasukan saling membuat serangan antara satu sama lain dari awal perlawanan hingga wisel akhir ditiup.

Matyo mempersiakan peluang

Pada babak pertama perlawanan, kedua-dua pasukan bermain berhati-hati dalam menyerang mahupun bertahan. Namun tindakan pertahanan pasukan Kedah menjatuhkan Nwakaeme dalam kotak penalti apabila Pahang dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke 31.

Namun sepakan lemah dilepaskan matyo memudahkan penjaga gawang pasukan Kedah Ifwat menangkap kemas bola penalti tersebut.

Gol Nasib Pahang Bawa Tiga Mata

Beberapa percubaan dilakukan kedua pasukan namun sayang kesemuanya tidak mengegar jaring pasukan lawan masing-masing sehingga babak pertama ditamatkan.

Masuk sahaja babak kedua, Kedah awal membuat percubaan iaitu pada minit ke 48′ menerusi pemain import mereka Fernando. Fernando gagal membuat tandukan kemas apabila penjaga gol pada ketika itu telah kedua dari posisi.

Pada minit ke 63′ pula gol Sumareh telah dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana pemain ini telah mengasari pertahanan Kedah terlebih dahulu sebelum membuat tandukan gol hasil hantaran daripada Nwakaeme.

Perlawanan penuh sengit diantara kedua-dua pasukan. Sehinggalah pada minit ke 86 akhirnya jaringan gol berjaya dihasilkan.

GOL PAHANG TERHASIL

Pada minit ke 86 akhirnya pahang dihadapan apabila satu gerakan dilakukan oleh pemain baru masuk Zuhair di sebelah kanan. Dia yang ingin membuat hantaran ke rakan sepasukannya ditanduk oleh Khairul Helmi ke gawang sendiri.

Ifwat tidak mampu melakukan apa-apa apabila dia telah terkeluar dari posisinya. Oleh itu, pahang berjaya dihadapan.

Pahang meneruskan momentum serangan mereka sehingga ke akhir perlawanan dan kita dapat menyaksikan 2 percubaan yang sepatutnya diakhiri dengan gol gagal dicapai. Pada minit 88 Azam mendapat peluang namun tiada siapa yang kacau sepakannya terus menuju ke planet lain.

Tidak mudah berpuas hati sekali lagi Pahang Hadir ke kubu skuad kedah kali ini hantaran Nwakaeme yang memerlukan sentuhan tap biasa ke dalam pintu gagal dibuat oleh Zaharulnizam pada masa tambahan.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*