KKM mengakui Gelombang ketiga Covid-19 mutasi jenis D614G cepat merebak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengakui gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang sedang berlaku di negara ini adalah lebih mencabar berbanding gelombang pertama dan kedua.
Ini memandangkan Covid-19 yang menular di beberapa kluster di Kedah dan Sabah sudah pun disahkan oleh makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mempunyai mutasi jenis D614G.
Menurutnya, mutasi jenis D614G sememangnya lebih mudah merebak dan mempunyai kebolehjangkitan yang tinggi.
“Selain itu yang kedua, banyak kes yang sudah dikesan dalam penjara di Sabah dan Kedah yang menyumbang kepada sejumlah besar kes dalam gelombang ketiga.
“Meskipun terdapat kes di luar penjara, ia tidak setinggi yang sudah dikesan dalam kluster berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Benteng dan Kluster Tembok.
“Namun ianya terkawal kerana sudah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran bagi memastikan tidak merebak ke komuniti. Jadi keadaannya terkawal dan terasing daripada komuniti,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media harian mengenai perkembangan terkini Covid-19 menerusi Facebook (FB) rasmi KKM hari ini.
Noor Hisham menjawab soalan mengenai situasi gelombang ketiga adakah terkawal atau sebaliknya berbanding gelombang pertama dan kedua penularan Covid-19 di Malaysia.
Bagaimanapun, katanya, kesiapsiagaan KKM adalah pada tahap tinggi termasuk keupayaan makmal.
“Dahulu kita bermula dengan 23 makmal dan keupayaan hanya dapat melaksanakan 1,000 ujian sehari.
“Hari ini kita ada 60 makmal dengan keupayaan maksimum boleh menjalankan lebih 41,000 ujian sehari.
“Setakat ini kita menggunakan hanya 51 peratus daripada kapasiti sedia ada itu. Fasiliti kesihatan dan perubatan juga kali ini kita lebih bersedia dan mempunyai kapasiti,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, operasi pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 berisiko rendah juga boleh dibuka pada bila-bila masa dengan pengalaman yang ada ketika menangani gelombang pertama dan kedua.
Selain itu, katanya, pertambahan katil di hospital termasuk di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga sudah dilakukan selain kelengkapan alat bantuan pernafasan untuk dihantar ke Sabah.
“KKM juga ada kapasiti mencukupi dari segi kelengkapan pakaian pelindung diri (PPE),” katanya.
Caramohon: pihak cara mohon dan team mendoakan agar barisan hadapan sentiasa bersemangat, kita belum menang, Teruskan patuhi SOP dan amalkan kawalan kendiri seiring norma baharu bagi memutuskan rantaian COVIT-19. Jangan sebar berita palsu.
Cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply