Sekiranya terjadi penceraian, anak juga menjadi individu yang turut sama terkesan apatah lagi jika mereka masih lagi kecil dan cuba untuk memahami situasi yang berlaku.
Malah, hubungan kedua-dua pihak boleh menjadi renggang apabila tiada sikap saling kerjasama atau tolak ansur terutama soal hak penjagaan anak yang menjadi tanggungjawab utama.
Terbaru, tular sebuah video di platform TikTok memaparkan seorang wanita menangis sambil memeluk anak lelakinya apabila bekas suami dipercayai seolah-olah mahu ‘menghalang’ pertemuan anak beranak tersebut.
“Ni mama sayang…”
sapa cakap Aku Janda aq bahagia..nak jumpa anak² susah bekas laki x bagi kerjasama,anak² sampai x kenai aq mama depa..hampa ingat aq janda bahagia ka?
Menerusi posting berkenaan, wanita terbabit Chetah_Shita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa bekas suami sukar untuk memberikan kerjasama sehingga anak-anak sudah tidak mengenali dirinya.
“Nak jumpa anak² susah, bekas suami tak bagi kerjasama. Anak² sampai tak kenal aku ibu mereka. Korang ingat janda tu bahagia ke?,” luahnya.
Rakaman video tersebut turut memperlihatkan reaksi anaknya yang menangis dan tidak mahu dipeluk, namun Chetah_Shita cuba memujuk dengan mengatakan dia adalah ‘mama’ kepada si kecil itu.
Meraih sebanyak 2.7 juta tontonan dan 18,700 komen, warganet rata-rata bersimpati selepas melihat nasib malang wanita terbabit yang sering merindui dua cahaya matanya.
Malah, segelintir individu turut bertanya mengenai hak penjagaan anak selain mendoakan agar wanita berkenaan tabah serta sabar dalam menjalani kehidupan.
“Tak minta apa2, cuma bagi jumpa anak2 je”
“Macam2 alasan bekas suami bagi”
Lelaki belakang itu bekas suami ke?
Aduhai kesianlah pada anak-anak, mereka berhak dapat kasih sayang daripada ibu kandung. Turunkan ego masing-masing, penceraian bukan bermakna perlu pisahkan zuriat sekali.
Anda dah baca? Jangan lupa komen, Like dan share ya. Terima kasih
Sumber: TikTok Chetah_Shita
Leave a Reply