Ganggu & nikah tanpa izin, keluarga Ira Kazar berdepan saman hina mahkamah
Selepas urusan menfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjalan dengan lancar, Puteri Sarah dan peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader telah membuat sidang media serta menjawab beberapa soalan daripada media.
Memetik laporan dari Mstar, peguam Puteri Sarah dengan tegas memaklumkan yang anak guamnya akan meneruskan saman terhadap keluarga Ira Kazar kerana didakwa telah melanggar perintah mahkamah.
Terang2 langgar perintah mahkamah
Hal ini susulan Ira dan keluarganya telah melanggar perintah injuksi apabila memuat naik kenyataan berkaitan Puteri Sarah di media sosial selepas perintah itu dikeluarkan.
“Kami akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, ayahnya dan kakaknya kerana terang-terangan telah melanggari perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah sivil tempoh hari
“Perintah injunksi itu memang kekal sehingga sekarang tapi jelas sekali mereka sudah melanggar perintah berkenaan,” katanya.
Berani nikah di Thailand lagi
Ujar Akberdin lagi, pihaknya sudah menghantar surat amaran kepada keluarga Kazar namun mereka sekali lagi melanggar dan menganggu defendan.
Malahan mereka melakukan tindakan lebih berani dengan bernikah di Thailand tanpa kebenaran mahkamah syariah di Malaysia.
“Kita akan tunjukkan jenis-jenis pelanggaran yang telah dilakukan. Sebelum ini memang mereka telah melanggar namun selepas diberi surat amaran, mereka tidak lagi melakukannya
“Kali ini nampaknya memang pelanggaran yang paling dahsyat. Mereka sama sekali tidak boleh menganggu defendan sehingga kes mahkamah selesai.
Tapi mereka buat lagi dan terus ke luar negara bernikah tanpa mendapat izin mahkamah di sini (Malaysia). Jelas, perbuatan itu bercanggah dengan perintah injunksi,” ujarnya.
Untuk rekod, tarikh prosiding pertama tuntutan yang dibuat Puteri Sarah akan bermula pada 8 Mac iaitu sehari sebelum ulang tahun perkahwinannya yang kesembilan.
Difahamkan tindakan tersebut dibuat susulan kemelut rumah tangga dengan pengarah terkenal Syamsul Yusof yang masih tiada penghujungnya.
Sebelum ini, Syamsul telah mengaku bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapanya, Kazar Saisi.
Sumber: Mstar
Leave a Reply