FAM sahkan tidak sambung Kontrak Ong Kim Swee

FAM sahkan tidak sambung Kontrak Ong Kim Swee

Menurut laporan akhbar terkini mengatakan bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak pengendali skuad Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee. Perkara tersebut disahkan sendiri mellaui Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Namun Setiausaha agung FAM itu mengatakan Dato Ong Kim Swee akan memberikan perkhidmatan daripada sudut lain walaupun bukan dalam bidang kejurulatihan lagi.

“Kita tidak sambung kontrak beliau sebagai ketua jurulatih skuad bawah 23/22. Namun tidak bermaksud beliau tidak akan bekerja lagi dengan FAM”

Beliau mungkin akan diberi tugasan lain, tapi saya belum tahu. Beliau berpengalaman dan perkara ini akan diperhalusi di peringkat Jawatankuasa Eksekutif FAM untuk dimanfaatkan” kata setiausaha tersebut.

Untuk pengetahuan anda semua Kim Swee sebenarnya telah memberikan bakti kepada FAM hampir sedekad. Beliau telah dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Malaysia bawah 23/22 sejak tahun 2009 selepas Datuk K.Rajagopal ketika itu dinaikkan pangkat untuk melatih skuad senior.

Ong Kim Swee juga merupakan ketua jurulatih kepada projek pasukan Harimau Muda A yang beraksi dalam kancah liga tempatan selain daripada menyertai saingan Liga Singapura.

Antara kejayaan yang pernah diraih oleh Ketua jurulatih ini adalah beliau memenangi pingat emas SUkan sea 2011, berjaya ke suku akhir Kejuaraan AFC bawah 23 pada tahun 2018 dan Sukan Asia 2018.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*