Erra Fazira Kongsi Pengalaman Pahit Ketika Mengerjakan Umrah – “Kali Pertama Lepas Masa Putus Cinta…”

Erra Fazira Kongsi Pengalaman Pahit Ketika Mengerjakan Umrah – “Kali Pertama Lepas Masa Putus Cinta…”

Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira berkongsi pengalaman pahit semasa mengerjakan umrah yang pertama.

Menerusi perkongsiannya di Youtube miliknya iaitu Keep In Touch with Erra Fazira, kali pertama dia menunaikan umrah adalah selepas dia putus cinta pada tahun 90-an.

“Alhamdullilah banyak kali saya menunaikan umrah sampai tak boleh kira dah.. mungkin dalam 8 ke 9 kali macam tu. Pertama kali menunaikan umrah masa putus cinta,” katanya.

Menurut Ratu Cantik Malaysia 1992 ini, pengalaman pahit tersebut adalah mengalami kitaran haid sebaik sahaja tiba di Mekah.

“My first pergi umrah, saya sedih sangat bila sampai di Mekah, saya period. Kita pulak kalau period memang lama. 7 hari. Kita sepatutnya dekat sana dalam 6 hingga 7 hari sahaja. Risau sangat. Ya Allah, aku datang jauh,” ujarnya.

Namun, dia sangat terharu doanya dimakbulkan oleh Allah kerana hanya datang bulan selama 2 hari sahaja dan dapat melakukan umrah hari berikutnya.

“Kita doa-doa, kita doa dengan bersungguh-sungguh doa, menangis kata nak sangat-sangat pergi tengok kaabah. Kita berbicara dengan Allah. Dua hari sahaja. Tak pernah-pernah period 2 hari.

“That was miracle sangat. Allah dengar doa kita. Betullah, kalau kita doa, Insya-Allah, so dua hari je. Saya dapat menunaikan umrah juga.

So trip tu saya dapat menunaikan umrah 3 hari. Qa’da balik. Buat hari-hari umrah 3 hari. Seronok sangat doa kita di angkat. Ya Allah, terharunya,” ujarnya.

Sumber : xtra

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*