Elfira Loy dedah pengalaman bersalin anak kedua buat netizen kagum -“Tenangnya dia beranak”
Pelakon popular, Elfira Loy atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri mendedahkan pengalaman bersalin anak keduanya, Nur Aria Mikayla kepada umum di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Elfira di laman TikToknya, dia berkongsi beberapa tips untuk melahirkan anak dengan lebih mudah dan apa yang perlu dilakukan apabila menghadapi situasi tersebut.
“Ramai yang mintak tips untuk push, Alhamdulillah Allah permudahkan untuk El, dengan bantuan dari Midwife Puan Sharifah. Daripada video ini, korang boleh dengar sendiri cara Midwife El terangkan apa yang perlu buat sebelum push.
“El ingin kongsi juga untuk kelahiran kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, kontraksi ada tapi bukaan lambat,” katanya.
Bukan itu sahaja, selebriti yang berusia 29 tahun itu turut memaklumkan pengambilan dos epidural sangat membantu dalam melahirkan puterinya itu berbanding melahirkan anaknya yang pertama.
Katanya, proses untuk melahirkan menjadi lebih mudah dan boleh menjangkakan saat yang sesuai untuk menolak bayi keluar dengan menggunakan teknik yang betul.
“El dah tahan sakit berhari-hari tapi masih 2 cm. Tapi, bila bukaan dah hampir 6 cm, El dah kurangkan dos untuk epidural sebab kesan dia untuk El kali ini, rasa lebih resah dan macam tak boleh bernafas.
“Sebab itu la, El dah boleh rasa kontraksi dan mudah bila kita dah rasa ni. Kita boleh agak bila nak push dan sekuat mana kita push. Kalau tak, memang tak boleh nak rasa sendiri nak push sebab separuh badan kebas.
“Dalam klip ini, korang ada nampak El senyum. Senyum sebab midwife dah pesan ‘kalau muka buruk salahlah teran tu’. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum, cuma kawal je,” ujarnya lagi.
Senangnya dia beranak!
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka apabila melihat selebriti itu begitu mudah melahirkan anak keduanya tanpa mengalami sebarang masalah.
Ibu-ibu kongsi pengalaman bersalin
Malah, ramai juga netizen terutamanya dari kalangan wanita yang bergelar ibu berkongsi pengalaman bersalin mereka di hospital yang berbeza.
Sekadar info, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faris pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka juga turut mempunyai seorang anak lelaki, Rayyan yang kini berusia dua tahun.
Sumber: TikTok @elfiraloy
Leave a Reply