Bapa berkorban dukung 3 anak ulang-alik bimbang kasut sekolah terkena lumpur

Bapa berkorban dukung 3 anak ulang-alik bimbang kasut sekolah terkena lumpur

Hal tersebut dialami sendiri pengguna Facebook dikenali sebagai Reduan Duan apabila turut menjadi salah seorang yang pergi menghantar anak ke sekolah.

Kasih seorang bapa terhadap anak-anak sememangnya sangat istimewa. Selain ibu, pengorbanan bapa di hari pertama persekolahan juga dapat dilihat memandangkan ramai yang teruja menghantar anak-anak ke sekolah.

Harap dapat perhatian wakil rakyat

Menurutnya, dia perlu berulang-alik mengangkat anak-anaknya walaupun kaki sendiri sudah masuk ke dalam lumpur di Kampung Sungai Tamparuli, Tuaran Sabah.

Dukung 3 anak secara ulang-alik

Namun, perkongsiannya di Facebook sedikit mencuri tumpuan ramai apabila mengangkat anak-anaknya seramai tiga orang ketika melalui jalan yang berlumpur demi memastikan kasut sekolah mereka tidak kotor.

Perkongsian tersebut menjadi perhatian ramai dan masing-masing berharap agar video ini sampai ke pengetahuan wakil rakyat sekali gus masalah yang dihadapi penduduk di kawasan tersebut dapat diselesaikan.

Hati2 berjalan, semoga anak berjaya di masa depan

Kasih bapa sanggup berulang-alik

Syukur masih diberi peluang berbakti untuk keluarga

Dikesempatan itu, Reduan juga sempat berkongsi gambar ketika mengambil anak-anaknya sambil mengucapkan syukur kerana masih diberi kudrat untuk terus mencari rezeki buat keluarga.

Perkongsian tersebut sememangnya sangat menyentuh hati ramai, lebih-lebih lagi melihat pengorbanan seorang bapa yang tetap berusaha menghantar anak-anak pergi ke sekolah walaupun mempunyai cabaran tersendiri.

Semoga anak-anak terus belajar dengan sebaiknya dan menjadi insan yang berguna untuk ahli keluarga serta penduduk setempat.

Sumber: Facebook Reduan Duan

Jangan lupa like and share caramohon

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*