Doktor asal Malaysia ini disanjung, berjaya halang gelombang kedua COVID-19 di Australia Selatan
SEORANG doktor yang berasal dari Klang, Dr Dharminy Thurairatnam, digelar sebagai hero dalam media Australia selepas berjaya menjadi individu terawal yang mengesan penularan gelombang kedua COVID-19 di Adelaide, lalu menyekatnya.
Memetik laporan, dalam kejadian pada 13 November lalu, Dr Dharminy yang bertugas di Hospital Lyell McEwin sedang merawat seorang wanita berusia 80-an sebelum mendapati pesakit itu mengalami masalah pernafasan.
Sebaik sahaja mengesan gejala tersebut, Dr Dharminy yang baru berpindah ke Australia pada tahun lepas segera melakukan pemeriksaan lanjut terhadap warga emas itu.
“Saya percaya dia sedang menghidapi sesuatu tetapi tidak secara spesifik (melibatkan) COVID-19.
“Terdapat pelbagai perkara yang menyebabkan dia berada dalam keadaan tersebut (masalah pernafasan),” katanya memetik portal berita news.com.au.
Berkongsi lebih lanjut, Dr Dharminy berkata beliau terpaksa menjalankan ujian saringan COVID-19 terhadap wanita itu selepas pesakit menunjukkan gejala batuk.
Beberapa jam selepas ujian tersebut, wanita itu disahkan positif COVID-19, sehingga mengundang pelbagai reaksi kesihatan awam, selain mengakibatkan perintah berkurung dilaksanakan di seluruh negeri.
Jelas portal tersebut lagi, lebih 4,000 kontak rapat diasingkan, di mana lebih 100 kontak rapat adalah dari Jabatan Kecemasan Hospital Lyell McEwin, termasuk Dr Dharminy.
“Ia merupakan pengalaman yang mengerikan… Saya berasa terkejut dan takut apabila tidak mengetahui bahawa saya sendiri berkontak rapat (dengan pesakit).
“Walau bagaimanapun, kita perlu berharap dan berserah, serta bersikap positif (bahawa) semua ini akan kembali dalam keadaan baik,” ujarnya.
Dr Dharminy disahkan negatif selepas dua kali melakukan ujian saringan COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel.
Beliau dijangka menghabiskan tempoh kuarantin walaupun mengalami mengalami masalah sakit tekak dan hidung berair.
Dr Dharminy berhijrah ke Adelaide untuk melanjutkan kerjayanya dalam bidang perubatan dan masih belum bertemu suami dan dua anaknya sejak pandemik COVID-19 bermula, pada Mac lalu.
Beliau menamatkan pelajaran dalam bidang perubatan pada 2006, sebelum bekerja di Pulau Pinang dan Singapura.
Terdahulu, Ketua Pegawai Kesihatan Awam Australia Selatan, Nicola Spurrier memaklumkan Dr Dharminy mengesan simptom COVID-19 terhadap seorang wanita warga emas.
Kejayaan Dr Dharminy mengesan simptom tersebut mendapat perhatian media antarabangsa termasuk The Sunday Mail di Adelaide dengan tajuk: “Humble doctor busted cluster”, sementara ABC pula bertajuk: “South Australia’s coronavirus cluster detected by junior doctor who heard a cough in hospital emergency department”.
Sumber : Awani
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply