Dimentia makin teruk, Chef Wan kesal adik-beradik tak nak jaga mak

Dimentia makin teruk, Chef Wan kesal adik-beradik tak nak jaga mak

Menjaga orang tua yang sakit bukanlah sesuatu perkara yang mudah, apatah lagi mereka ini menghidap penyakit Alzheimer dan dimentia. Ini kerana mereka memerlukan jagaan yang sangat rapi dan penjaga perlulah beri peka serta banyak bersabar melayan kerenah.

Namun, apa yang dikesali adalah ada anak-anak yang tergamak mengabaikan orang tua mereka sedang kesakitan dengan memberi banyak alasan seperti mana yang diluahkan oleh chef selebriti, Datuk (Dr) Chef Redzuawan Ismail.

Keadaan ibu semakin teruk

Menerusi hantaran dibuat oleh Chef Wan yang sememangnya terkenal dengan mulut lasernya, dirinya berasa sedih apabila melihat keadaan ibunya, Cik Ani yang bertambah teruk selain memerlukan penjagaan yang rapi.

Mengulas lanjut mengenai keadaan ibunya, Chef Wan berkata wanita yang melahirkannya itu tidak tahu untuk berbuat apa-apa termasuklah mengikat kain sendiri.

“Sampai satu tahap, dia hanya mampu memandang sepi pinggan tanpa berbuat apa-apa. Ini kerana otaknya tidak berfunsgi dan menerima signal lagi.

“Dia juga tidak tahu nak buat apa-apa termasuk ikat kain sendiri pun dia tak tahu,”ceritanya.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Adik-beradik sering tunding jari, bagi alasan

Dalam pada itu, chef selebriti berusia 64 tahun itu meluahkan kekesalan dengan tindakan adik-beradiknya yang lain di mana mereka seringkali memberi alasan untuk menjaga ibu mereka dalam keadaan begitu.

“Saya ada beritahu kakak dan abang mengenai keadaan ibu dengan meminta mereka supaya meluangkan masa bersamanya.

“Seperti biasa, masing-masing mula menunding jari orang itu yang perlu jaga dan ini. Macam-macam alasan diberi. Sampai satu tahap, saya macam ‘suka hati kau orang la’,”luahnya.

Tambahnya, mereka hanya akan muncul apabila adanya majlis seperti sambutan ulang tahun kelahiran ibu.

“Bila time emak punya birthday party berduyun-duyun yang sampai. Bila time macam ni baik emak bapa atau anak-anak mereka takkan kita nak pi sembah suruh datang menziarahi emak itu? Ludah di langit memang timpa di muka sendiri orang kata,”ujar Chef Wan.

Difahamkan, ibu kepada Chef Wan iaitu Cik Ani yang kini berusia mencecah 91 tahun juga merupakan penghidap kanser payudara selain dimentia.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Sumber: Instagram @_chefwan58

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*