Dilihat hadir tandatangani aku janji, Ustaz Kazim bertanding PRU-15?

Pendakwah bebas, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias dilihat hadir ke Menara Dato’ Onn bagi menandatangani surat aku janji serta mengambil gambar profil bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

Memetik Harian Metro, Ustaz Kazim dijangka bertanding sebagai calon PRU-15 bagi mewakili parti Umno di Parlimen Larut, Perak. Pemilihan tokoh agama yang juga pelakon adalah berdasarkan populariti dan pengaruh yang diraihnya.

Malah, pemilihan Ustaz Kazim itu dikatakan sangat bersesuaian untuk diletakkan sebagai ‘underdog’ di kawasan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Difahamkan, pemilihan Datuk Ustaz Kazim dibincangkan dalam pertemuan ‘top 5’ dua hari lalu.

“Senario semasa dari segi sokongan menunjukkan Umno berpotensi merampas kembali Larut yang dimenangi pada PRU-14 lalu,”kata sumber.

Katanya lagi, penglibatan aktif Ustaz Kazim dalam politik di Perak juga diambil kira untuk dijadikan sebagai elemen kejutan parti sebelum diumumkan secara rasmi pada malam ini.

Sekadar info, Nik Abdul Nik Abdul Aziz, Datuk Abdullah Che Nawi dan Datuk Khairuddin Aman Razali dikhabarkan akan bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Umno juga dikatakan sudah memuktamadkan senarai penuh calon PRU-15 pada hari ini dan kesemua mereka sudah pun dihubungi untuk hadir bersama-sama di Pusat Dagangan Dunia, di sini, malam ini.

Sumber: Harian Metro

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*