hadir Cekyana niqabis yang dic0ntohi, Dikala Neelofa dik3cam masyarakat

Tak semua niqabis hanya mencari sensasi sahaja dengan pelbagai kontroversi yang boleh membuatkan orang ramai melvat.

Hal ini dibuktikan sendiri oleh usahawan yang menjalankan perniagaan Rempah Oden Vir4l Cekyana yang sememangnya tidak kenal erti penat untuk memberi bantuan kepada orang lain.

Jika sebelum ini founder kepada perniagaan tersebut, Cekyana telah membelanja para pesakit dan kakitangan di MAEPS Serdang makan makanan dari restoran makanan segera KFC, kali ini wanita hebat itu sekali lagi melakukan amal kebaikkan.

Beliau men0lak tepi kepentingan diri dan memilih menggembirakan anak-anak yatim serta asn4f dengan membelikan mereka baju raya baru.

Buat CSR gembirakan anak2 y4tim dan asn4f

Menjelang hari raya yang akan tiba tak lama lagi, Cekyana telah melakukan Corporate social responsibility (CSR) dengan membelikan 100 orang anak yatim serta asnaf dari Rumah Amal Raudhatul Jannah dan Pondok Ma’ahad Rumi Sufi Jawi baju baru sempena menyambut Syawal nanti.

Bawa anak2 yatim & asnaf beli baju raya

Jelas terpancar wajah-wajah gembira anak-anak bertuah itu apabila dapat memilih sendiri baju baru di butik pakaian ternama, Butik Starvillion Shah Alam.

Usaha murni Cekyana ini juga dibantu oleh team Masak Masak Cekyana yang sangat komited dalam memberi kegembiraan kepada anak-anak y4tim dan asnaf tersebut.

Masih gigih beri bantuan walau alami morning s1ckness

Walaupun berada dalam keadaan kurang sihat kerana mengalami alahan mengandung, Cekyana tetap bersemangat untuk melakukan kebaikkan tersebut dengan dibantu sahabat baiknya Cik Zazaa bagi bersama-sama anak-anak yatim dan asnaf memilih baju raya di butik dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Melihat dari kebaikkan yang dilakukan oleh Cekyana, sememangnya pepatah ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggit’ memang sesuai digambarkan kepada sosok wanita hebat ini kerana langsung tidak memandang darjat dalam menghulurkan bantuan.

Anggap anak2 yatim dan asnaf sebagai anak sendiri

Hal ini kerana dalam kegigihan Cekyana membelanja anak-anak yatim dan asnaf baju baru untuk digayakan pada hari raya, beliau sendiri belum mempunyai pakaian untuk dipakai pada pagi Syawal nanti.

Menurut pengasas produk Oden Viral Cekyana, anak-anaknya bukan hanya tiga orang, tetapi ramai kerana menganggap anak-anak yatim tersebut sebagai anaknya sendiri.

Jadi, disebabkan pernah hidup susah satu ketika dahulu, beliau mudah sebak dan naluri untuk membantu mereka terus ‘membuak-buak’ kerana mahu melihat lebih ramai orang tersenyum bahagia.

Sasar bantu rumah anak2 yatim RM100,000 sebulan

Selain daripada itu, Cekyana dan teamnya sedang merencana untuk menyasarkan bantuan sebanyak RM100,000 setiap bulan kepada rumah anak-anak yatim dan asnaf serta memperluaskan program Jom Beli Baju Raya seperti yang dilakukan itu.

Inisiatif tersebut bukan hanya memberikan kegembiraan kepada anak-anak bertuah berkenaan, bahkan merealisasikan impian mereka mempunyai baju baru.

Semoga limpah rezeki buat Cekyana & Cik Zazaa

Pastinya perkongsian yang dibuat oleh Cekyana ini mendapat perhatian warganet yang rata-rata meninggalkan komen positif dengan memuji tindakan mulia tersebut.

Mereka juga berharap agar perniagaan Cekyana berkembang maju agar dapat terus berkongsi kenikmatan menjalani kehidupan dengan orang-orang yang kurang bernasib baik.

Bersihkan imej niqabis

Jadi, melihat dari kebaikkan dan kerja amal yang dilakukan Cekyana, sedikit sebanyak imej niqabis yang menjadi perdebatan sejak beberapa hari kebelakangan ini dapat ‘dibersihkan’ kembali dengan membuka mata banyak pihak agar tidak memukul rata wanita berpenampilan seperti itu.

Sumber : ohmymedia

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*