Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri disahkan positif COVID-19
Mohon doa dari rakyat malaysia kepada menteri agama kesayangan kita Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di kabarkan sah di jangkiti virus COVID-19.
Ini kenyataan Rasmi Beliau.
Kepada Allah saya berserah, kepada-Nya jua saya memohon pertolongan.
Seperti yang telah saya maklumkan dalam kenyataan pada hantaran (posting) sebelum ini, saya telah disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya mohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan daripada diri saya.
Insya-Allah, bantuan Mus’adah Khas Siswa Siri 2 yang saya janjikan semalam kepada siswa yang terkandas, tetap akan diteruskan oleh agensi-agensi agama di bawah saya. Program-program Musa’adah COVID-19 yang telah diaturkan, akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia. Masih ramai yang memerlukan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh yang getir ini. Sejak Mac, bantuan disalurkan tanpa mengira agama dan bangsa. Pandemik COVID-19 benar-benar mengajar saya erti kebersamaan. Saya akan pastikan semua bantuan sampai kepada sasaran, insya-Allah.
Saya berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT selamatkan dan sembuhkan rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19 termasuk diri saya. Saya sayang anda semua. Patuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara di mana jua anda berada.
Orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya sepanjang 24 September hingga 4 Oktober diminta menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.
Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah bertambah baik. Terima kasih kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan para doktor serta barisan hadapan yang amat prihatin dengan keadaan saya.
Leave a Reply