“Tanam Sayur Keliling Rumah, Cari Belanja Sekolah Anak..
Selagi daya akan kita usahakan untuk pastikan anak-anak kita dapat belajar di sekolah seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Biarlah susah mana sekali pun kita mencari rezeki, pendidikan anak-anak adalah keutamaan.
Mungkin inilah yang dapat diterjemahkan di atas perkongsian seorang ayah ini yang tidak betah duduk diam sahaja bila memikirkan perbelanjaan 9 orang anaknya. Tentu bukan sedikit jumlahnya dan atas alasan ini juga mendorong semangatnya dan isteri menanam sayur di laman rumah dan sekali gus memasarkan secara kecil-kecilan.
Tanam Sayur Keliling Rumah
Jadi saya dan isteri buatkan bisnes kecil-kecil cari duit jajan sekolah mereka. Kami tanam sayur keliling rumah. Kami cakap pada anak-anak ini cari duit belanja sekolah korang.
Cari Duit Belanja Sekolah Anak
Ada orang tanya saya kenapa tanam sayur? Ada ke orang nak beli? Boleh untung ke? Itulah soalan lazim diajukan pada saya.
Saya tanam sayur cuma nak cari belanja anak-anak sekolah. Anak saya ramai.
Anak saya sembilan orang. Semua sudah bersekolah. Kalau sehari RM5 pun belanja mereka ke sekolah, dah RM40 sehari. Kalau seminggu dah RM200. Kalau sebulan berapa? Banyak kan…
Modal fertigasi ni bukan lah mahal sangat kalau buat sendiri. Modalnya sekali je. untuk buat sistem fertigasi lepas tu boleh jaga je tanam berulang kali.
Kami tanam timun, kangkung, sawi, bendi, cili. Tanaman diselang selikan ikut musim.
Tujuan kami suami isteri cari sumber pendapatan kecil harian. Dapat hasilnya boleh jual ke pasar. Jangan takut tak boleh jual, barang dah ada tentu ada yang nak beli.
Peluang Anak Kerja Cuti Sekolah
Jadi kami sediakan tempat untuk anak-anak tolong dan kerja bila ada cuti hujung minggu atau cuti sekolah.
Jadi jam 7 pagi kami dah ke kebun. Bukan lama sejam pagi sejam sebelah petang. Dapat juga cari peluh suka-suka dan sihatkan badan.
Anak-anak perlu diberikan pendidikan ikhtiar hidup supaya mereka faham perjalanan kehidupan sebenar. Mereka ada pengalaman dan membantu ibu bapanya.
Sebagai ibu bapa, kitalah membentuk keluarga itu bahagia.
Hari ini siapa sangka dengan keputusan memulakan menanam sayur dikeliling rumah, nama Baharuddin Mohemed atau lebih popular dikenali sebagai Coach Bahar, mencipta kejayaannya yang tersendiri.
Bukan sahaja penanaman sayur menjadi dan memberi pulangan yang lumayan untuk keluarganya, malah cara dan teknik tanaman yang digunakan sering dijadikan panduan dan inspirasi buat pekebun sayur dan buah yang lainnya.
Sumber : Fertigasi Masyuk
Leave a Reply