Cara Mohon Rayuan BSH 2020 (Borang Bantuan Sara Hidup & Panduan)

Cara Mohon Rayuan BSH 2020 (Borang Bantuan Sara Hidup & Panduan)

Adakah anda sudah membuat semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) anda? Perhatian buat pemohon yang gagal atau tidak membuat pengemaskinian permohonan BSH tahun 2020. Mereka yang terlibat termasuk permohonan ditangguhkan boleh membuat rayuan BSH pada tarikh yang akan dikemaskini. Pada tahun 2019, ianya dibuka daripada 1 Julai sehingga 15 Ogos 2019. Bagi Rayuan BSH ianya boleh dibuat di cawangan LHDNM melalui pengisian Borang Permohonan Rayuan BSH dan hanya pemohon tertentu sahaja seperti yang disenaraikan di bawah ini boleh mengemukakan rayuan secara online.

Untuk makluman, proses kelulusan permohonan akan dibuat oleh agensi kerajaan yang berkaitan dalam menentukan permohonan seseorang itu lulus atau gagal seterusnya samada layak menerima bayaran BSH atau tidak.

Permohonan Rayuan BSH boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan.

Jika semakan memaparkan :-

  • TIADA REKOD : Sila teruskan ke Permohonan Baru bermula 1 April 2020 sehingga 30 April 2020
  • TIDAK BERJAYA : Sila kemukakan RAYUAN bermula 3 April 2020

Permohonan Rayuan BSH 2020 (Bantuan Sara Hidup)

Berikut dikongsikan cara membuat rayuan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) meliputi tarikh rayuan, kaedah rayuan, muat turun atau download borang dan salinan dokumen yang diperlukan.
Tarikh Rayuan BSH 2020

Menurut sidang media oleh Kementerian Kewangan Malaysia, berikut adalah tarikh permohonan rayuan BSH bagi tahun 2020:-

2020 : Rujuk Di sini : SOALAN LAZIM (FAQ)BANTUAN SARA HIDUP (BSH)2020

Kaedah Rayuan BSH 2020

Bagi tahun 2019, Siaran Media oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 1 Julai 2019 menyatakan kaedah atau cara untuk membuat permohonan rayuan BSH 2019 adalah melalui online di portal BSH ataupun dengan menghadirkan diri ke salah satu cawangan Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan. Bagi tahun 2020 akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan

1. Permohonan Rayuan BSH 2020 secara online

Berikut adalah cara membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 secara atas talian (online) sebagai rujukan:

  • Layari Portal Rasmi BSH seperti pautan di bawah:

Portal Rasmi BSH 2019

  • Klik pada butang Rayuan atau pautan di bawah:

Rayuan BSH 2019

  • Masukkan No. Mykad atau Kad Pengenalan anda dan klik butang cari.
  • Anda akan dibawa ke laman seterusnya dan ikuti arahan selanjutnya.

Permohonan Rayuan BSH 2019 secara atas talian (online) ini hanya dibenarkan bagi pemohon berstatus tidak lulus dengan satu daripada kod alasan tidak lulus seperti di bawah serta rayuan tambahan bagi pemohon lulus BSH 2019 untuk tambahan anak :

PERMOHONAN TIDAK LULUS BSH 2019 (RAYUAN)

 

NO Kod Tidak Lulus Alasan Tidak Lulus
1 05 Semakan rekod agensi menunjukkan pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM4,000
2 06 Semakan rekod agensi menunjukkan pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM4,000 termasuk Perniagaan
3 08 Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
4 09 Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
5 38 Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi

 

PERMOHONAN LULUS BSH 2019 (RAYUAN TAMBAHAN)

  • Rayuan tambahan ini dibenarkan untuk penambahan anak sahaja (terhad kepada 4 anak satu keluarga)

2. Permohonan Rayuan BSH 2020 di Cawangan LHDNM

Bagi pemohon yang tidak lulus BSH 2020 tetapi tidak disenaraikan kod alasan tidak lulus untuk membuat permohonan rayuan secara online, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan dibuka dengan membawa dokumen sokongan yang diperlukan seperti dinyatakan di bawah

Kod Alasan Tidak Lulus (selain rayuan online) serta Tindakan (dokumen sokongan yang diperlukan)

Dokumen Sokongan

Untuk makluman, rayuan BSH tidak boleh dibuat secara online untuk alasan tidak lulus tertentu kerana pemohon perlu menyertakan beberapa salinan dokumen yang berkaitan seperti penyata gaji, surat status perkahwinan dan salinan MyKad pasangan/ tanggungan terkini bagi menyokong permohonan rayuan mereka.

Dokumen Sokongan yang perlu disertakan mengikut alasan tidak lulus boleh dirujuk di Kod Dan Dokumen Sokongan BSH 2019

Rayuan boleh dikemukakan melalui cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), termasuk di Pusat

Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) berdekatan.
Jadual Pembukaan Kaunter Rayuan BSH

Pemohon boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan untuk membuat atau menghantar borang rayuan BSH. Berikut adalah waktu operasi Kaunter BSH :-

Jadual Pembukaan Kaunter Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM

Maklumat Lanjut Borang Permohonan Rayuan BSH

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan rayuan BSH 2020, anda boleh hubungi nombor dan maklumat yang tertera di bawah:

  • Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang)
  • Hotline BSH MOF : 03-8882 4565, 03-8882 4566
  • e-Mel : br1m@treasury.gov.my
  • Faksimili BSH MOF : 03-8882 3933
  • Sekretariat BSH

Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Presint 2, 65292 Putrajaya

Laman Web : https://bsh.hasil.gov.my/

Selamat membuat permohonan rayuan BSH bagi tahun 2020. Moga permohonan rayuan anda berjaya sekaligus anda layak menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

 

Artikal Popular :

5 Comments

  1. Semakan rekod agensi menunjukkan pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM4,000..RASANYA MEREKA X TGK REKOD KOT..YG SEBELUM NI ELOK JE DAPAT..BILA PULA ADA KENAIKAN GAJI KAMI DALAM REKOD

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*