Cara Buka Tombol Pintu Terkunci Dari Dalam.

Cara Buka Tombol Pintu Terkunci Dari Dalam.

Jika berlaku situasi tombol pintu terkunci, pening kepala di buatnya. Lebih-lebih lagi jika anak ada di dalam bilik terkunci.

Bayangkan anak kecil duduk dalam bilik tiba-tiba angin kuat menghempas pintu dan tombol terus tak boleh dibuka.

Anak pulak menangis dalam bilik. Memang kelam kelibut ibu dibuatnya apatah lagi jika kunci bilik pulak hilang!

Sudahnya mahu tak mahu pintu terpaksalah dipecahkan atau tombol diumpil. Agar tak melalui situasi ini boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib ini.

Punat Tombol pintu sentiasa terkunci?

Pasti pernah tak anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu ‘tersekat di dalam dan sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walau sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.

Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol ada 2 settings:
1. Keadaan yan sentiasa kunci dan
2. Keadaan normal

Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkan punat kunci. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.

Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.

Kadang-kadang sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu dalam keadaan sentiasa kunci.

Sumber: Rusyaidi Husni Abdul Latib

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*