Bimbang penyakit, Neelofa nasihat jangan cium bayi orang – “Anak sendiri boleh”

Bimbang penyakit, Neelofa nasihat jangan cium bayi orang – “Anak sendiri boleh”

Neelofa berkata, dia berharap mana-mana individu tidak terasa hati sekiranya tindakan mereka dihalang ibu bapa demi menjaga kesihatan bayi mereka.

“Jangan cium orang lain punya bayi.. cium anak sendiri boleh. Ok? Jangan terasa, demi kesihatan bayi kecil,” tulisnya.

Dalam masa sama, bekas pengacara MeleTOP itu mengakui bimbang apabila orang luar memegang pipi cahaya mata sulungnya Muhammad Bilal apatah lagi jika dicium sebarangan.

“Kadang bila tengok orang luar pegang pipi anak sendiri pun mak dia ni rasa dah tak boleh nafas, apa lagi kalau cium.. Ummi Bilal ni jerit tak berlagu kot,” katanya lagi.

Untuk info, RSV kerap berlaku kepada kanak-kanak berusia di bawah umur dua tahun yang menyerang sistem pernafasan sehingga memerlukan bantuan oksigen.

Sumber: Instagram Neelofa

PERHATIAN: Pihak Media maklumat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*