MELIHAT penampilan isterinya iaitu pelakon Mona Allen yang mula bertudung sejak Jun lalu, Pekin Ibrahim mensihati agar tidak membuat pegumuman di media sosial tentang perubahan imej tersebut.
Bagi Pekin atau nama sebenarnya Mohd Izhan Ibrahim, 41, dia bimbang jika niat baik itu tidak bertahan lama dan Mona akan mendapat kecaman netizen.
“Saya tidak paksa dia bertudung dan pada awalnya ingatkan dia tidak serius. Dia mahu mulakan satu perkara yang baik, tak mungkin saya akan halang.
“Bagaimanapun saya nasihatkan supaya tidak umumkan tentang penampilan baharu itu di media sosial. Biarlah orang hanya melihat melalui perkongsian gambar sahaja.
pekin dan Mona bersama cahaya mata mereka.
“Saya takut nanti satu hari hatinya berubah, dan ketika itu ramai orang akan kecam. Bukan netizen sahaja, saya sendiri akan kecam kalau dia kembali buka tudung,” katanya.
Pekin ditemui ketika majlis penyampaian Anugerah Dekan yang diperoleh sepanjang pengajian dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Utara Malaysia (UUM) di Damansara pada Khamis.
Sementara itu berkongsi tentang kehidupan selepas memilik cahaya mata pertama yang lahir pada 31 Ogos lalu, kata Pekin pada awalnya mereka sendiri panik tentang hal pengurusan anak.
Bagaimanapun teknologi semasa dan perkongsian di media sosial memudahkan mereka untuk mendapat pelbagai info tentang penjagaan bayi yang diberi nama Petra Pekin itu.
“Mula-mula bergelar bapa memanglah kekok sikit sebab tidak pernah menguruskan bayi. Banyak benda yang perlu saya belajar sejak anak kami dilahirkan.
Bukan netizen sahaja, saya sendiri akan kecam kalau dia kembali buka tudung.
PEKIN IBRAHIM
PELAKON
“Bayangkan dalam bulan pertama anak kami lahir dia jarang menangis, kemudian selepas itu tak berhenti pula. Memang buat saya panik. Tapi sekarang ini banyak info di media sosial, senang nak cari maklumat tentang penjagaan bayi.
“Anak kami agak aktif. Dua hari selepas dilahirkan dia sudah mula tunjuk pergerakan mengangkat leher. Selepas dua bulan dia sudah ada suara seperti mahu bercakap,” ceritanya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.
Dalam masa sama, Pekin juga menyerahkan sepenuhnya kepada Mona membuat keputusan untuk kembali ke set penggambaran apabila sudah bersedia nanti.
Pekin berjaya memperoleh Anugerah Dekan ketika pengajian di UUM.
Bagi Pekin dia tidak mahu menghalangkan isterinya terus bekerja dan akan menyediakan segala keperluan untuk memudahkan urusan mereka.
“Kalau dia ready untuk bekerja saya tidak ada masalah. Kami sudah ambil pembantu rumah untuk bantu uruskan anak dan selepas ini akan mengupah seorang pemandu supaya memudahkan pergerakannya.
“Dia dua ada beritahu mahu buka perniagaan kedai haiwan peliharaan. Saya akan terus sokong,” ujarnya.
sumber:mstar
Leave a Reply