“Bila Dah Berusia, Saya Lebih Takut Kepada Kem4tian” – Nora Danish Buat Wasiat Untuk Anak-Anak

“Bila Dah Berusia, Saya Lebih Takut Kepada Kem4tian” – Nora Danish Buat Wasiat Untuk Anak-Anak

Pelakon Nora Danish akui diser4ng anx1ety atau kecelaruan keresahan sejak akhir-akhir ini dan sering memikirkan tentang kem4tian.

Disebabkan itu juga Nora mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat wasiat kepada anak-anaknya.

“Sejak baru-baru ini nak naik kapal terbang sekarang pun anx1ety, rawatan tak ada sangat cuma saya lebih kepada membaca.

“Tangan saya akan sejuk, sebab saya fikir anak saya macam mana semua, buat wasiat dan apa benda yang patutlah.

“Mungkin juga sebab PKP, lama tak ke mana-mana, benda tu dah jadi macam itulah,” katanya ketika ditemui Gempak.

Nora ditemui selepas majlis pratonton telefilem terbaharu lakonannya berjudul Kan Cheong bertempat di GSC, The Starling, Petaling Jaya pada Selasa.

Tambah Nora lagi masalah anx1ety yang dialami bukan berpunca daripada netizen, sebaliknya disebabkan peningkatan usia.

“Bukan fasal netizen tapi anxiety lebih kepada macam kita dah berumur ni saya lebih takut kepada kem4tian.

Sebagai contoh kalau naik kapal terbang macam-macam kita fikir. “Saya ni seorang yang sangat emotional, sangat-sangat sensitif, kadang-kadang dua benda ini boleh lead kepada overthinking.

“Selalunya overthinking ini kita akan fikir keburukan tetapi saya tidak, saya cepat-cepat kata pada diri overthinking ini adalah my super power.

“Jadi saya cuba tukarkannya kepada positif, saya fikir okay tak apa saya akan lebih berhati-hati. Benda itu menjadikan saya lebih menghargai orang sekeliling.

“Kita jangan cakap itu keburukan, kita cuba tukarkannya kepada benda positif,” jelasnya.

Sumber : https://gempak.com/

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*